Page 487 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 487

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Langkah 2:
               Pelajar  seterusnya  diminta  menyelesaikan  masalah  dengan  nisbah  yang  berbeza  dan

               menjawab  soalan  yang  melibatkan  tindak  balas  kalium  dan  aluminium  sulfat  untuk
               menghasikan kalium sulfat dan aluminium. Melalui pengetahuan penentuan s’more, pelajar
               diharapkan dapat mengaitkan aktiviti kehidupan harian mereka dengan pengetahuan reaktan

               pengehad dalam tindak balas kimia.


               Aktiviti Gelung 2: Video Analogi
               Langkah 1:
               Pelajar menyediakan video analogi berkaitan dengan konsep reaktan pengehad bertemakan

               ‘reaktan pengehad mangkin dalam mencapai kehidupan yang seimbang dan harmoni’. Pelajar
               menyediakan  video  secara  berkumpulan  dan  menerapkan  kemahiran  kerja  berpasukan

               (Jalinus,  et  al.,  2020).  Mereka  membina  hubungan  yang  baik  sesama  ahli  kumpulan,
               berinteraksi  secara  efisien  untuk  mencapai  matlamat  dan  memahami  konsep  reaktan
               pengehad. Selain itu, pelajar juga belajar cara mengenal pasti masalah, membuat analisa,

               penilaian terhadap sesuatu isu yang timbul dengan memberi justifikasi secara rasional dan
               menggunakan setiap kemahiran yang ada secara analitik, kritis dan kreatif.
               Langkah 2:

               Video yang disediakan seterusnya dikongsi dengan pelajar lain melalui media sosial seperti
               YouTube  dan  Telegram  untuk  mendapatkan  makumbalas,  berkongsi  idea  dan  membuat
               pembelajaran kendiri.

               Langkah 3:
               Pelajar diberi kuiz berkaitan dengan penyediaan  sandwiches dengan tiga nisbah bahan yang

               berbeza dan menjawab soalan yang melibatkan tindak balas aluminium dan asid sulfurik untuk
               menghasikan aluminium sulfat dan membebaskan gas hidrogen. Kuiz ini mengandungi soalan
               yang meminta pelajar untuk menentukan reaktan pengehad, bahan berlebihan dan jumlah

               bahan yang telah digunakan. Pelajar diharapkan dapat mengunakan kemahiran berfikir dan
               menyelesaikan masalah dengan baik di samping mengaplikasikan gabungan kemahiran dan

               pengetahuan dalam menyediakan makanan. Melalui penyediaan video, analogi penyediaan
               sandwiches dan analogi tindak balas kimia, diharapkan pelajar dapat memahami kepentingan
               pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat bagi melestarikan aktiviti kehidupan
               harian mereka. Kebolehan pelajar menentukan reaktan pengehad, reaktan berlebihan dan

               jumlah bahan yang telah digunakan dianalisa.








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                466
   482   483   484   485   486   487   488   489   490   491   492