Page 488 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 488

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               DAPATAN KAJIAN

               Pelajar  dapat  menentukan  reaktan  pengehad  dengan  menggunakan  kaedah  video

               analogi.
               Hasil dapatan kajian menunjukkan 100% pelajar telah dapat menentukan reaktan pengehad

               selepas menggunakan kaedah video analogi.
               Pelajar dapat membuat hubungan pekali stokiometri antara reaktan dan reaktan dengan
               betul

               Hanya  30%  dari  pelajar  telah  dapat  membuat  hubungan  pekali  stokiometri  dengan  baik,
               manakala yang lain hanya mendapat 80% betul sahaja semasa aktiviti pada gelung pertama.
               Pada  aktiviti gelung kedua,  selepas  pelajar  membuat  dan  membentangkan  video  analogi,

               pengkaji mendapati 100% pelajar telah dapat membuat hubungan pekali stoikiometri dengan
               betul.  Pembelajaran  melalui  pengalaman  membantu  pembelajaran  pelajar  belajar  melalui
               komunikasi dan perkongsian maklumat.


               Pelajar  dapat  membuat  perbandingan  diantara  bilangan  mol  yang  dikira  dengan

               bilangan mol yang diberi
               Pada gelung pertama, seramai 20% pelajar berjaya membuat semua perbandingan bilangan
               mol  yang  disediakan  dan  bilangan  yang  diperlukan.  80%  pelajar  lagi  berjaya  membuat

               perbandingan  melebihi  50%.  Manakala  pada  gelung  kedua,  selepas  membuat  aktiviti
               kolaborasi menyediakan dan menambahbaik video analogi, 100% pelajar terlibat telah berjaya

               menbuat semua perbandingan. Video analogi mampu membantu pelajar memahami konsep
               asas mol dan membuat hubungan pekali stokiometri dan seterusnya membuat perbandingan
               mol yang dikira dengan mol yang diberi.


               Pelajar dapat mengira jumlah produk dan reaktan berlebihan dengan betul.
               Pencapaian  pelajar  menjawab  soalan  analogi  bagi  mengira  jumlah  produk  yang  terhasil

               selepas menyediakan video telah meningkat dari 40% kepada 100% betul. Melalui analisis
               ini,  80%  pelajar  dapat  menyelesaikan  masalah  menggunakan  soalan  analogi,  20%  lagi
               membuat kesilapan dalam pengiraan reaktan berlebihan. Pelajar yang membuat kesilapan

               dalam  pengiraan  reaktan  berlebihan  adalah  kerana  cuai  dalam  membuat  perbandingan.
               Pencapaian  pelajar  menjawab  soalan  stoikiometri  pula,  menunjukkan  100%  pelajar  dapat

               menentukan reaktan pengehad dengan tepat selepas menggunakan kaedah video analogi.
               80%  Pelajar  dapat  menentukan  jumlah  hasil  dan  reaktan  yang  berlebihan  dengan  tepat
               menggunakan video analogi manakala 20% lagi membuat kesilapan kecil dalam pengiraan.

               Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menarik minat pelajar mempelajari reaktan pengehad
               tetapi dapat melatih pelajar mengabungkan kemahiran menyediakan video dalam memahami



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                467
   483   484   485   486   487   488   489   490   491   492   493