Page 493 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 493

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   SI BULAT-BULAT: TEKNIK PENGEMBANGAN UNGKAPAN KUASA  DUA DALAM
                                             KALANGAN PELAJAR MEKA

                Normah binti Yusoff , Ramnah binti Abu Samah , Noor Hasryzal bin Hasnoh , Sanjay
                                                                  2
                                                                                                3
                                      1
                                                                      4
                                                  A/l Pradeep Kumar

                                               1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
                                                bm-0917@moe-dl.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Penguasaan  konsep  asas  algebra  merupakan  suatu  elemen  yang  perlu  ada  pada  setiap

               pelajar    apabila  mempelajari  Matematik.  Walaubagaimanapun,  kefahaman  terhadap  topik
               algebra  ini    masih  berada  di  tahap  yang  rendah.  Kajian  tindakan  ini  bertujuan  untuk

               meningkatkan  kefahaman pelajar dalam pengembangan ungkapan kuasa dua yang melibat
               topik yang sukar  seperti eksponen dan surd. Perlaksanaan kajian ini adalah berdasarkan
               Model  Kemmis  dan    McTaggart.  Kajian  ini  melibatkan  10  orang  responden  yang

               berpencapaian rendah dan  menghadapi masalah dalam mengembangkan ungkapan kuasa
               dua yang melibatkan eksponen  dan surd. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah
               melalui ujian pra dan ujian pos. Aplikasi geogebra digunakan untuk menyemak jawapan yang

               diperolehi oleh pelajar dengan  menggunakan teknik bulat-bulat. Dapatan kajian menunjukkan
               penggunaan Teknik Si bulat-bulat dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam
               mengembangkan  ungkapan    kuasa  dua  dengan  tepat  dan  pantas  tanpa  melalui  banyak

               prosedur. Pelajar merasa seronok  menggunakan aplikasi geogebra dan ia dapat meransang
               potensi pelajar dalam  mengembangkan ungkapan kuasa dua. Secara kesimpulannya, teknik

               ini mampu membawa  perubahan kepada pengajaran Matematik yang lebih inovatif dan kreatif
               berbanding    pengajaran  secara  tradisional.  Pelajar  mendapat  pengalaman  baru  dalam
               pembelajaran  Matematik.



               Kata kunci: Matematik, pedagogi, Algebra, matrikulasi


               PENGENALAN

               Matematik  merupakan  suatu  bidang  ilmu  yang  mengkaji  kuantiti,  struktur,  ruang  dan

               perubahan. Matematik adalah ilmu penting dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula
               jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial yang digunakan di seluruh dunia. Matematik

               gunaan merupakan salah satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke
               dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru
               seperti  statistik  dan  teori  permainan.    Matematik  telah  dikenal  pasti  sebagai  satu  mata


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                472
   488   489   490   491   492   493   494   495   496   497   498