Page 495 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 495

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                      Oleh yang demikian,  menjadi tanggungjawab semua pihak dalam mengambil langkah
               yang  positif  dalam  memberi  pengetahuan  kepada  pelajar  khasnya  dalam  matapelajaran

               matematik  agar  peningkatan  kemajuan  pelajar  dapat  dilihat  setiap  tahun.  Ini  termasuk
               memperkenalkan pendekatan dan kaedah baru dalam memberi pengetahuan dan kefahaman
               kepada  pelajar  dalam  menyelesaikan  soalan  matematik.  Menurut  Tambunan  (2019),

               keberkesanan  pendekatan-pendekatan  baru  itu  juga  bergantung  kepada  sejauh  mana
               seorang pelajar itu dapat menguasai konsep asas.


               PERMASALAHAN KAJIAN

               Dalam  Program  Matrikulasi  Sistem  Empat  Semester  (SES),  tajuk  algebra  telah  mula

               didedahkan pada peringkat sekolah lagi. Topik algebra bukanlah sesuatu yang asing kepada
               pelajar  kerana  mereka  telah  pun  mempelajarinya  ketika  berada  di  peringkat  sekolah
               menengah. Antara teknik penyelesaian yang sering dilakukan oleh pelajar ialah menggunakan

               teknik yang agak panjang untuk meyelesaikan soalan, menggunakan teknik yang salah dan
               menggunakan konsep asas yang salah.

                      Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada bagaimana
               pelajar dapat mengembangkan ungkapan kuasa dua dengan betul, tepat dan pantas. Kajian
               ini penting kerana pengembangan ungkapan kuasa dua bukan sahaja penting dalam bidang

               algebra tetapi ia banyak digunakan dan diaplikasi dalam topik- topik yang lain. Oleh yang
               demikian, teknik Si Bulat-Bulat digunakan dalam tajuk pengembangan kuasa   dua. Teknik Si

               Bulat –bulat ini bertujuan untuk meringkaskan dan memudahkan kefahaman pelajar dalam
               mengembangkan  kuasa  dua  dalam  bentuk  yang  sukar  seperti       x  1  ,  e  2 dan
                                                                                          2
                                                                                              
                                                                                                    
                                                                                                     2
                                                                                                x
                  x   2 x  dengan lebih pantas dan tepat.
                             2
                         



               OBJEKTIF KAJIAN

               Secara umumnya objektif bagi kajian ini ialah pelajar dapat mengembangkan ungkapan kuasa
               dua dalam topik algebra. Secara khususnya objektif bagi kajian ini ialah

                   1.     pelajar  dapat  menulis    pengembangan  ungkapan  kuasa  dua  dengan
                          menggunakan kaedah si bulat-bulat.
                   2.     pelajar  dapat  memanipulasi  ungkapan  pengembangan  kuasa  dua  dengan

                          menggunakan kaedah si bulat-bulat.
                   3.     pelajar  dapat  menyemak  jawapan  dalam  pengembangan  ungkapan  kuasa  dua

                          dengan menggunakan applikasi Geogebra.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                474
   490   491   492   493   494   495   496   497   498   499   500