Page 494 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 494

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pelajaran  yang  penting  dan  oleh  kerana  itu,  ia  diajar  di  semua  peringkat  pendidikan  dan
               merentasi kurikulum.

                      Matematik  dilihat  sebagai  mata  pelajaran  yang  tidak  mempunyai  korelasi  secara
               langsung dengan kehidupan seharian. Malah dari satu sudut matematik dianggap sebagai
               mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Ini kerana arus pendidikan tidak memberi

               penekanan kepada nilai-nilai yang tersirat dalam matematik seperti kaedah berfikir secara
               kognitif.  Ini boleh menyebabkan matlamat pendidikan matematik di sekolah semakin sukar

               dicapai jika tidak dibendung.
                      Namun  begitu,  dalam  arus  mempertingkatkan  kemahiran  kognitif  pelajar  dalam
               pembelajaran Matematik, gelombang teknologi baru dalam konteks dunia pendidikan mula

               berkembang  dengan  pesat.  Cabaran  global  yang  hebat  berikutan  wabak  Covid-19  yang
               melanda di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Oleh yang demikian, kebanyakan institusi

               pendidikan  telah  melaksanakan  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  atas  talian  sebagai
               alternatif  bagi  menggantikan  pembelajaran  secara  konvensional.  Cabaran  antara
               mengimbangkan  kemahiran  Matematik  di  arus  digital  perlu  dilihat  agar  kedua-duanya

               seimbang.  Di  dalam  konteks  ini,  pendidik  perlulah  lebih  kreatif  dan  berinovatif  bagi
               memastikan tiada pelajar yang keciciran di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
               berlangsung.



               SOROTAN LITERATUR

               Algebra adalah satu kaedah matematik dalam memanipulasi satu-satu persamaan atau fungsi
               matematik  yang mengandungi pembolehubah dan pemalar. Melalui penguasaan  algebra,

               para pelajar akan dapat menyelesaikan kebanyakan masalah matematik dengan lebih tepat
               dan mudah. Kaedah algebra ini digunakan dan diaplikasi dalam mana-mana topik matematik

               tidak  kira  dalam  bidang  operasi  arithmetik  mahupun  kalkulus.  Antara  kesalahan  yang
               dilakukan oleh pelajar dalam operasi matematik adalah disebabkan oleh kerana lemahnya
               penguasaan pelajar dalam memanipulasi formula algebra.

                       Pelajar  yang  dapat  menguasai  topik  algebra  dengan  baik  akan  dapat  membantu
               pelajar mengatasi kesilapan dalam matematik asas, memberikan penyelesaian dengan jalan

               kerja yang betul dan dapat mengukuhkan konsep asas. Menurut  Chua (2017) pula mendapati
               bahawa jenis kesalahan yang paling tinggi yang dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan
               masalah  matematik  adalah  masalah  penguasaan  konsep.  Konsep  asas  ialah  permulaan

               kepada pemahaman sesuatu konsep Matematik. Bohlmann (2017) juga mendapati kesalahan
               asas matematik yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan jawapan pada sebutan
               yang tidak dikuasakan, tidak meletakkan tanda kurungan dan juga kesalahan bagi sebutan

               bernombor negatif.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                473
   489   490   491   492   493   494   495   496   497   498   499