Page 497 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 497

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Data Kitaran 1
               Setelah  meneliti  ujian  Pos  1,  masih  terdapat  pelajar  yang  salah  dan  lemah  dalam

               mengembangkan ungkapan kuasa dua terutamanya dalam simbol negatif dan positif pada
               jawapan. Pelajar keliru dengan simbol tersebut.


               Kitaran 2
               Contoh soalan 2:
                1.    x   2 x   2       x       +   2     x        2 x      +   2 x
                                                                          
                             
                                                              
                                                                               2
                                           2
                                            
                                 x  2 x  2 x  
                                                 2 x

                                       2 x   2 x
                                 2 2x 
                                                
                           2      x  2          x                 2
                    e   2   =    e        +   2     e        2    +      2
                      x
                2.
                                        e 2x   4e 
                                       x
                                          4
               Manila kad digunakan dengan menggunting dan membuat bulatan dengan menggunakan dua
               warna  yang  berlainan.  Pendekatan  yang  lebih  praktikal  atau  bersifat  hands-on  digunakan
               kerana  kaedah  ini  merupakan  bahan  bantu  mengajar  (BBM)  berbentuk  kad  bulatan  bagi
               membolehkan pelajar meneroka konsep dan menyelesaikan masalah. Kaedah ini merupakan
               suatu proses kognitif atau dalam erti kata lain ialah tindakan seseorang yang menghubungkan
               konstruk  dalaman  dengan  situasi  di  sekelilingnya  (Kanapathy,  2016).  Perkara  ini  boleh

               ditakrifkan  sebagai  suatu  proses  memahami  soalan  secara  spontan  dengan  membuat
               gambaran atau perwakilan mental (Maslinah & Effandi, 2017).
                Contohnya

                    e  2x    2                 2      2e  2x            2
                                    2
                                       
                                              2x
                                            e
                                                                          2

               Penerangan langkah-langkah dibuat dan diterangkan kepada pelajar semula sebelum ujian

               pos 2.  Soalan yang diberikan adalah setara dengan ujian pos 1.

               Instrumen kajian

               Kajian ini menggunakan semakan ujian pra dan ujian pos. Instrumen soalan ujian pra dan pos
               dalam kajian ini telah dirujuk kepada pakar iaitu pensyarah pakar mata pelajaran Matematik

               (subject-matter  expert,  SME)  di  Kolej  Matrikulasi  Melaka.  Aplikasi  Geogebra  dalam
               menyemak  kembangan ungkapan kuasa dua. Septian (2020) menyatakan Geogebra adalah
               aplikasi  pembelajaran  Matematik  yang  boleh  dimanfaatkan  dalam  beberapa  topik  yang

               berkaitan seperti ilmu geometri, algebra dan kalkulus. Aplikasi Geogebra ini dapat digunakan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                476
   492   493   494   495   496   497   498   499   500   501   502