Page 500 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 500
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
aplikasi ini kerana mereka boleh mengadakan perbincangan dalam kumpulan bagi menyemak
jawapan yang diperolehi dengan menggunakan telefon mudah alih. Penggunaan applikasi
Geogebra juga merupakan aktiviti berpusatkan pelajar di mana pelajar menyemak sendiri
jawapan yang mereka perolehi. Melalui penggunaan aplikasi Geogebra, kaedah ini didapati
telah meransang potensi pelajar dalam mengembangkan ungkapan kuasa dua. Walaupun
terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan, aplikasi Geogebra ini mempunyai aura
yang tersendiri yang dapat membantu pelajar.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kejayaan kajian ini membawa perubahan kepada pengajaran
Matematik yang lebih inovatif dan kreatif berbanding pengajaran secara tradisional. Bahan
pengajaran berasaskan digital dapat membantu guru dalam proses pembelajaran di dalam
bilik darjah. Dalam dunia digital hari ini, penggunaan teknologi merupakan suatu keperluan
dalam membantu pelajar untuk membina kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran(Bartek
& Nocar, 2016). Pelajar mendapat pengalaman baru dalam pembelajaran Matematik. Pelajar
juga dapat menjawab soalan yang melibatkan pengembangan ungkapan kuasa dua dengan
betul, mampu menaikkan prestasi dan gred purata kolej. Kajian ini diharapkan dapat
memberikan kepentingan kepada pelbagai pihak seperti pelajar, pensyarah dan kolej
matrikulasi yang lain
CADANGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat implikasi yang positif kepada pendidik khususnya
pensyarah matrikulasi bagi menarik minat pelajar untuk memahami topik ini. Kajian ini bukan
sahaja boleh digunakan untuk pelajar matrikulasi malah boleh disebarluaskan
penggunaannya di sekolah. Penggunaan teknik Si Bulat-Bulat ini dapat menyelesaikan
kembangan ungkapan kuasa dua dengan cepat, tepat dan pantas. Apabila pelajar telah mahir,
pelajar tidak perlu lagi melukis bulat-bulat, malah pelajar boleh mencongak dan merakam
kaedah ini di dalam minda.
Justeru untuk kajian yang akan datang, guru-guru sekolah boleh juga membuat kajian fungsi-
2
fungsi yang senang seperti x 1 di sekolah bagi melihat keberkesanan Teknik Si Bulat-
Bulat bagi mengembangkan ungkapan kuasa dua dalam algebra.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 479

