Page 507 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 507

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Soal Selidik


               Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji terdiri daripada satu set borang soal selidik
               yang mengandungi 4 bahagian; Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D yang
               telah diadaptasi dari soal selidik kajian-kajian lepas dengan α = 0.85 bagi aspek minat dan

               kefahaman (Hassan, Johari and Ab Aziz, Norsuriani, 2011) dan α =0.82 bagi aspek motivasi
               (Norlia Abd. Aziz, Meerah, T. Subahan, Lilia Halim, Kamisah Osman, 2006). Soalan-soalan
               yang dipilih daripada kajian lepas adalah berdasarkan objektif kajian yang juga menjawab

               persoalan kajian diolah mengikut kesesuaian bahan dalam kajian, iaitu aplikasi pembelajaran
               interaktif STAT_FUN JAMBOARD dan sampel kajian ialah pelajar PPISMP IPGKSM. Untuk

               menentukan  indeks  kebolehpercayaan  instrumen  kajian  ini,  maka  satu  kajian  rintis  telah
               dilaksanakan ke atas 30 pelajar PPISMP dan hasil analisis kajian rintis telah menunjukkan
               nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi, iaitu 0.916. Instrumen soal selidik ini mempunyai tahap

               kebolehpercayaan yang tinggi mengikut klasifikasi Babbie (1992) kerana pekali (α) melebihi
               0.6. Sehubungan ini, kesemua 21 item dikekalkan dan sangat konsisten digunakan untuk

               proses memungut data. Dari segi kesahan kandungan dan bahasa pula, instrumen kajian ini
               telah disemak oleh pakar-pakar bidang masing-masing.


               Kaedah Analisis Kajian
               Kaedah analisis kajian adalah dengan mencari tahap interpretasi min, sisihan piawaian dan
               ralat  piawai  untuk  melihat  kebolehpercayaan  data.  Data  yang  diperoleh  dianalisis  melalui

               statistik deskriptif dengan menggunakan ringkasan dari keseluruhan data. Ia juga berupaya
               memberi maklumat secara langsung dan mudah (Pallant, 2007). Skala Interpretasi Skor Min
               adalah seperti berikut:

               Jadual 2. Skala Interpretasi Min
                  Nilai Min                                  Tahap Interpretasi Min

                  0.00 – 1.66                                Rendah
                  1.67 – 3.33                                Sederhana
                  3.34 – 5.00                                Tinggi


               DAPATAN KAJIAN


               Analisis Demografik
               Rajah 3a menunjukkan taburan sampel mengikut jantina dan Rajah 3b menunjukkan latar
               belakang pencapaian Matematik SPM 2019. Responden adalah 16 (40 %) pelajar lelaki dan

               24 (60%) pelajar perempuan. Sebanyak 29 pelajar (72.5%) adalah cemerlang dalam Fizik
               SPM 2019, 10 (25%) pelajar yang pencapaian sederhana dalam Matematik   dan 1 (2.5%)
               pelajar adalah lemah Matematik.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                486
   502   503   504   505   506   507   508   509   510   511   512