Page 509 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 509

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Jadual 4: Interpretasi Kekuatan Korelasi


                                  Skor Min                                      Tahap
                                 0.70-1.00                                    Amat tinggi
                                 0.50-0.69                                      Tinggi
                                 0.30-0.49                                Sederhana Tinggi
                                 0.10-0.29                                     Rendah
                                0.0-    -.09                                  Diabaikan
               Sumber: Adaptasi daripada Davies, (1971)

               Jadual 5: Hubungan Minat, Motivasi dan Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan STAT-
               FUN Jamboard  dalam PdP Statistik Asas

                           HUBUNGAN                  KORELASI (r)         KEKUATAN HUBUNGAN

                Minat dengan kefahaman                    0.799                 Sangat tinggi
                Motivasi dengan kefahaman                 0.433                Sederhana tinggi

               *signifikan pada aras signifikan p=0.01


               Dapatan  kajian  menunjukkan  terdapat  hubungan  yang  tinggi  (positif)  antara  minat  pelajar
               dengan  kefahaman  kursus  Statistik  Asas  iaitu  dengan  nilai  0.799  dan  hubungan
               sederhana(positif)    antara  motivasi  pelajar  dengan  kefahaman  kursus  Statistik  Asas  iaitu

               dengan nilai 0.433. Dapatan ini selaras dengan kajian (Abykanova et al. 2016; Benton et al.
               2018)  yang  mendapati  kefahaman  murid  turut  meningkat  sekiranya  minat  dalam

               pembelajaran Matematik meningkat.

               KESIMPULAN


               Dapatan  kajian  menunjukkan  tahap  minat,  motivasi  dan  kefahaman  statistik  berada  pada
               tahap  tinggi  (min  minat=4.520,  SP=0.428,  min  motivasi  =  4.360,  SP=0.517dan  min
               kefahaman=  4.43,  SP=0.511).  Hasil  analisis  juga  menunjukkan  terdapat  hubungan  positif

               yang kuat antara minat dan kefahaman, rm (40) = 0.799 dan juga sederhana antara motivasi
               dan kefahaman,  rv(40) =  0.433  dalam  menggunakan  Stat-Fun  Jamboard.  Kesimpulannya,
               penggunaan  Stat-Fun  Jamboard  dapat  membantu  pendidik  mempelbagaikan  kaedah

               penyampaian dan meningkatkan kualiti pengajaran bagi meningkatkan minat, motivasi dan
               kefahaman murid dalam pembelajaran Statistik Asas. Ini jelas menunjukkan bahawa integrasi
               teknologi  melalui  STAT-FUN  JAMBOARD  dalam  pendidikan  adalah  salah  satu  contoh

               mekanisme  yang  berupaya  merangsang  proses  PdP  yang  baik  dan  berkesan  di  dalam
               pendidikan  dan  secara  tidak  langsung  dapat  membantu  melonjakkan  lagi  prestasi  pelajar

               dalam kursus yang diajar.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                488
   504   505   506   507   508   509   510   511   512   513   514