Page 504 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 504
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti minat, motivasi dan kefahaman
pelajar PPISMP di IPGKSM terhadap Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap minat, motivasi dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
2. Apakah hubungan minat dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
3. Apakah hubungan motivasi dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
Hipotesis Kajian
H1 : Terdapat hubungan positif antara minat dengan kefahaman terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas
H2: Terdapat hubungan positif antara motivasi dengan kefahaman terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas
SOROTAN LITERATUR
Kajian lepas menunjukkan minat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Pelajar yang mempunyai minat
yang mendalam akan lebih cenderung dan bersemangat untuk menyelidik dan menyelesaikan
soalan matematik dan statistik kerana mereka merasakan perkara tersebut amat
menyeronokkan dan mencabar (Abd Latib, Edrusi, & Muhamad, 2021). Dengan
menggunakan teknik pengajaran yang menyeronokkan dan tidak membebankan pelajar,
perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan lebih berkesan
sekali gus meningkatkan minat pelajar terhadap subjek matematik dan statistik. Faktor
seterusnya adalah pemikiran kritis dan motivasi diri (Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd
Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli, & Noriah Mohd Ishak, 2017) yang juga boleh
mempengaruhi pencapaian kursus matematik dan statistik pelajar. Ini kerana seseorang
pelajar yang berupaya untuk membuat analisis serta berfikir secara kritis dapat menilai soalan
matematik dan statistik dari pelbagai perpesktif untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat
dan terbaik. Di samping itu juga, dengan motivasi diri yang tinggi, pelajar akan sentiasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 483

