Page 503 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 503

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Guru (IPG). Alternatif yang sesuai telah dirancang bagi memastikan sesi perkuliahan tetap
               berjalan  lancar  dengan  mengadakan  pembelajaran  secara  dalam  talian  dengan

               mengintegrasikan penggunaan teknologi (Salleh, 2020; Siong & Osman, 2018). Pembelajaran
               secara  dalam  talian  dapat  membantu  pembelajaran  secara  kendiri,  meningkatkan
               keberkesanan pembelajaran dan mengoptimakan penggunaan sumber yang terhad (Rashid

               et al., 2020). Hasil ledakan alat digital dalam bidang pendidikan, maka terdapat pelbagai jenis
               alat  digital  yang  boleh  digunakan  dan  dapat  disesuaikan  dengan  penggunaan  Google

               Classroom. Antaranya, GoogleDocs, Google Slides, Google Drawing  yang terdapat dalam
               Google.  Selain  itu,  terdapat  juga  alat  digital  lain  yang  sesuai  digunakan  untuk  tujuan
               pengajaran dan pembelajaran iaitu Google Jamboard, Wakelet, Wordwall dan sebagainya.

               Namun,  pemilihan  aplikasi  digital  PdP  yang  sesuai  dan  kondusif  adalah  sangat  penting
               terutamanya dalam subjek yang memerlukan pembelajaran interaktif seperti Matematik bagi

               menarik minat pelajar di dalam memahami sesuatu konsep.



               Pernyataan Masalah

               Kefahaman konsep Matematik yang mantap sangat penting dalam PdP Statistik Asas, namun

               jika  tersilap  menggunakan  media  PdP  yang  kurang  sesuai  akan  mempengaruhi  minat,
               motivasi dan seterusnya pencapaian pelajar itu sendiri (Hamat & Mahlan, 2020). Pelaksanaan
               kuliah  Matematik  menerusi  Google  Classroom  tanpa  menggunakan  alat-alat  digital  sudah

               pastinya menjadikan sesi PdP kurang menarik dan suram kerana sukar menarik perhatian
               pelajar. Oleh  itu,  salah satu  alat  digital  yang  boleh  digunakan  dalam media  pembelajaran
               interaktif  PdP  Matematik  seperti  Statistik  Asas  ialah  aplikasi  digital  jamboard.  Ia  yang

               merupakan salah satu strategi yang berkesan untuk meningkat minat dan motivasi pelajar
               dalam  Matematik  dalam  situasi  PdP  era  pandemik.  Hasil  analisis  tinjauan  awal  Analisis
               Keperluan  Stat-Fun  Jamboard,  didapati  32  %  pencapaian  Matematik  pelajar  Persediaan

               Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  (PPISMP)  di  Institut  Pendidikan  Guru  Kampus
               Sultan Mizan (IPGKSM) masih dalam tahap yang lemah. Salah satu faktor kelemahan pelajar

               yang  telah  dikenalpasti  adalah  penggunaan  teknologi  atau  medium  serta  strategi  PdP
               pensyarah yang kurang sesuai, kurang menarik dan memberi motivasi kepada pelajar. Dalam
               tinjauan awal yang telah dibuat itu juga didapati, sebanyak 96% pelajar PPISMP di IPGKSM

               berasa mudah memahami Statistik asas jika pensyarah mempelbagaikan penggunaan visual
               seperti  jamboard.  Justeru  itu,  satu  kajian  telah  dilakukan  untuk  mengenal  pasti  minat,
               kefahaman dan motivasi pelajar PPISMP terhadap Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam

               PdP Statistik Asas memandangkan kajian ini kurang dilaporkan oleh penyelidik sebelum ini.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                482
   498   499   500   501   502   503   504   505   506   507   508