Page 512 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 512

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN

                                                          1
                                Arfah binti Ahamad, Phd.  dan Azman bin Jusoh, Phd.     2

                                                                2
                              1 IPG Kampus Sultan Abdul Halim ,  IPG Kampus Pulau Pinang
                                                  arfah@ipsah.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Kertas kerja  ini  bertujuan  untuk meninjau  perkembangan kemahiran  berfikir  dalam  sistem
               pendidikan di Malaysia sejak tahun 1994 sehinggalah pada abad ke-21. Tinjauan kajian ini
               memfokuskan  aspek  kemahiran  berfikir  dan  bagaimana  ia  berkembang  dalam  sistem

               pendidikan di Malaysia. Kemahiran berfikir di Malaysia bukanlah suatu pendekatan pedagogi
               yang baharu dalam sistem pendidikan. Bermula dengan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

               (KBKK) dan kemudian, dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010
               memberi  penekanan  untuk  membangunkan  modal  insan  yang  kreatif  dan  inovatif  bagi
               memenuhi  keperluan  negara  pada  abad  ke-21.  Senario  ini  menunjukkan  bahawa,  selain

               daripada  KBKK  yang  diperkenalkan  pada  tahun  1994,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
               (KPM) juga telah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam KBKK yang sedia ada. Bagi
               menghadapi cabaran pada abad ke-21, KPM telah melancarkan satu transformasi pendidikan,

               iaitu    Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013  –  2025  agar  pelajar dapat
               bersaing  dalam  dunia  globalisasi.  Dalam  PPPM  2013-2025  KPM  menekankan  enam  ciri

               utama yang diperlukan oleh setiap pelajar supaya mereka mampu bersaing pada peringkat
               global, dan salah satu ciri tersebut ialah kemahiran berfikir. Justeru, berdasarkan pelbagai
               perubahan dan transformasi tersebut, kajian ini meninjau perkembangan kemahiran berfikir

               yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia sehingga kini.



               Kata kunci: kemahiran berfikir, sistem pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia


               PENDAHULUAN


               Kemahiran  berfikir  merupakan  suatu  kemahiran  yang  perlu  dipelajari  bagi  membolehkan
               murid-murid membina ilmu baharu berasaskan pengetahuan sedia ada. Ia merupakan suatu

               aktiviti mental yang mempunyai tujuan, tersusun, melibatkan individu meneroka pemikiran
               sendiri  dan  pemikiran  orang  lain  (Chaffee,  1988).  Pemikiran  dikaitkan  dengan  proses
               menggunakan otak (Phillips, 1999) atau minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan

               masalah.  Dengan  kata  lain,  kemahiran  berfikir    merupakan  suatu  proses  intelektual  yang
               melibatkan  pembentukan  konsep,  aplikasi,  analisis,  sintaksis,  atau  menilai  informasi  yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                491
   507   508   509   510   511   512   513   514   515   516   517