Page 505 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 505

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               berusaha  untuk  menyelesaikan  sesuatu  masalah  walaupun  menghadapi  kesukaran  serta
               sering kali melakukan kesalahan tanpa mengenal erti putus asa.

                       Kajian berkaitan dengan penggunaan alat digital pula banyak dijalankan oleh pengkaji-
               pengkaji dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh
               Hillmayr  et  al.  (2020)  berkenaan  potensi  penggunaan  alat  digital  untuk  meningkatkan

               pembelajaran  matematik  dan  sains  di  sekolah  menengah.  Dapatan  kajian  menunjukkan
               penggunaan  alat  digital  memberi  kesan  yang  positif  terhadap  hasil  pembelajaran  pelajar.

               Pinto  dan  Leite  (2020)  mendapati  kesan  daripada  penggunaan  teknologi  dalam  proses
               pembelajaran  pelajar  dan  hasil  menunjukkan  positif,  digunakan  untuk  menarik  perhatian
               pelajar dalam penglibatan dan penyertaan aktif mereka dalam proses pembelajaran di dalam

               dan  di  luar  bilik  darjah.  Seterusnya,  Virto  dan  López  (2020)  yang  mengkaji  penggunaan
               Google  Jamboard  sebagai  papan  pintar  interaktif  menunjukkan  bahawa  (i)  suka  bermain

               adalah  pendorong  kepada  penggunaan;  (2)  kepentingan  kesan  daya  tarikan  terhadap
               tanggapan kandungan permainan yang dirasai, dan (3) kesan mengenai tanggapan mudah
               guna terhadap suka bermain.

                       Aplikasi  Google  Jamboard  merupakan  satu  alat  digital  yang  berguna  dan  sesuai
               dengan  pembelajaran  abad  ke-21  kerana  dapat  mentransformasikan  kaedah  pdp  bagi
               membina kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal, kreativiti dan kemahiran berkolaboratif

               dalam kalangan pelajar. Menurut Chung dan Sara Beden (2020), Jamboard ialah alat interaktif
               papan putih daripada Google yang merupakan edisi terbaharu yang ada pada G Suite untuk
               Google Classroom. Pada asasnya, apa-apa yang ditulis pada papan tersebut akan kelihatan

               seolah-olah waktu sebenar ‘real-time’ oleh para pelajar, walaupun guru sedang mengajar para
               pelajar melalui Google Meet atau Zoom. Menurut Edwards (2020) pula, Google Jamboard

               ialah  satu  alat  inovatif  yang  membolehkan  para  guru  berinteraksi  dengan  pelajar  dengan
               menggunakan  ‘gaya  papan’  putih.  Penggunaan  aplikasi  jamboard  ini  merupakan  satu
               pembelajaran  interaktif  yang  menekankan  pedagogi  dengan  melibatkan  hubungan  antara

               pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekan perhatian, pengekalan
               dan tujuan pelajar belajar. Melalui kaedah ini, nilai pembelajaran kendiri dapat diterapkan

               kerana  di  kalangan  pelajar  untuk  belajar  dan  berdisplin  ke  atas  pembelajaran  diri  pelajar
               tersebut (Rafiza, 2013).

               STAT-FUN  Jamboard  pula  adalah  satu  amalan  terbaik  PdP  Statistik  Asas  yang  dibina

               menggunakan  Jamboard  dalam  aplikasi  GOOGLE  untuk  bagi  pelajar  PPISMP  IPGKSM.
               Rajah 1 menunjukkan beberapa contoh antara muka yang ada dalam aplikasi digital STAT-

               FUN Jamboard.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                484
   500   501   502   503   504   505   506   507   508   509   510