Page 502 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 502
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MINAT, MOTIVASI DAN KEFAHAMAN STATISTIK PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
INTERAKTIF MENGGUNAKAN STAT-FUN JAMBOARD
Roshidah binti Mat , Shariha Jusoh , Zakiah Salleh dan Azman Omar, PhD.
1
1
1
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
roshidah@ipgmksm.edu.my
ABSTRAK
Penggunaan aplikasi digital jamboard dalam situasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) era
pandemik ini dilihat sebagai satu strategi yang berkesan untuk meningkat minat dan motivasi
pelajar agar penerimaan ilmu dapat diterima oleh pelajar secara optimum dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kajian menggunakan strategi pembelajaran
interaktif Stat-Fun Jamboard ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan minat, motivasi dan
kefahaman pelajar dalam pdp Statistik Asas terhadap 40 orang pelajar PPISMP dari IPGKSM.
Dapatan kajian menunjukkan tahap minat, motivasi dan kefahaman statistik berada pada
tahap tinggi (min minat=4.520, SP=0.428, min motivasi = 4.360, SP=0.517 dan min
kefahaman= 4.43, SP=0.511). Hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungan positif
yang amat tinggi antara minat dan kefahaman, rm (40) = 0.799 dan juga sederhana tinggi
antara motivasi dan kefahaman, rv(40) = 0.433 dalam menggunakan Stat-Fun Jamboard.
Kesimpulannya, penggunaan Stat-Fun Jamboard dapat membantu pendidik mempelbagaikan
kaedah penyampaian dan meningkatkan kualiti pengajaran bagi meningkatkan minat,
motivasi dan kefahaman murid dalam pembelajaran Statistik Asas. Ini jelas menunjukkan
bahawa integrasi teknologi melalui STAT-FUN JAMBOARD dalam pendidikan adalah salah
satu contoh mekanisme yang berupaya merangsang proses PdP yang baik dan berkesan di
dalam pendidikan dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan lagi prestasi
pelajar dalam kursus yang diajar.
Kata kunci: aplikasi jamboard, pembelajaran interaktif, pengajaran dan pembelajaran (pdp),
statistik
PENGENALAN
Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan dan transformasi dalam
pendidikan khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh
itu, institusi pendidikan di negara kita turut menerima kesan daripada transformasi pendidikan
pada peringkat global, sama ada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau di Institut Pendidikan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 481

