Page 513 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 513

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               terkumpul  melalui  pengamatan,  pengalaman,  refleksi,  pentaakulan,  atau  komunikasi  (Siti
               Rahayah,  et  al.,  2008).  Selain  itu,  kemahiran  berfikir  juga  berupaya  mengesan  maklumat

               sahih, mencari punca masalah, dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.

                     Dalam sistem pendidikan di Malaysia kemahiran berfikir telah lama wujud, iaitu sejak

               tahun 1994 lagi melalui  program kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK). Sehingga kini
               kemahiran berfikir menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan. Oleh itu, menjelang abad
               ke-21, transformasi kurikulum pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

               Malaysia  (KPM)  melalui  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013  –  2025
               (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013), iaitu antaranya memfokuskan kemahiran berfikir

               aras  tinggi.  Transformasi  kurikulum  pendidikan  adalah  bertujuan  untuk  membentuk
               kecemerlangan  minda  murid  agar  mereka  mampu  bersaing  dengan  negara-negara  maju
               dalam menghadapi gelombang cabaran pada abad ke-21.



               KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR


               Mayer (1977) mengatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai satu proses yang melibatkan
               pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
               yang bertujuan menyelesaikan masalah. Mayer (1983) juga menjelaskan bahawa pemikiran

               merupakan  aktiviti  kognitif  yang  berlaku  dalam  minda  dan  ia  boleh  dikesan  berdasarkan
               tingkah  laku  yang  ditunjukkan  oleh  setiap  individu.  Aktiviti  ini  melibatkan  pengetahuan,

               pengamatan  dan  menghasilkan  sesuatu.  Pernyataan  ini  turut  disokong oleh  Beyer  (1991)
               yang  menyatakan  bahawa  kemahiran  berfikir  merupakan  suatu  kebolehan  manusia  untuk
               membentuk konsep, menyatakan sebab, atau membuat keputusan. Hal ini bermakna proses

               berfikir merupakan suatu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang untuk membolehkan mereka
               hidup berdikari.


                        Kementerian Pendidikan Malaysia (2002; 2001) pula mentakrifkan kemahiran berfikir
               sebagai satu kemahiran atau proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

               pemahaman  terhadap  sesuatu,  melahirkan  ciptaan  atau  idea  yang  bernas,  membuat
               pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Penerapan
               kemahiran berfikir ini penting diaplikasikan kepada murid bagi menghadapi arus globalisasi

               agar  mereka  dapat  bertindak  secara  rasional,  boleh  menyelesaikan  masalah  dan  dapat
               membuat keputusan yang tepat. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan
               Kemahiran  Kreatif.  Kemahiran  berfikir  adalah  proses  berfikir  yang  lebih  tinggi.  Manakala

               penaakulan  membantu  dalam  membuat  pertimbangan  secara  logik,  rasional,  adil  dan
               saksama  semasa  menggunakan  kemahiran  kreatif  dan  kritis  (Kementerian  Pelajaran
               Malaysia, 2012).


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                492
   508   509   510   511   512   513   514   515   516   517   518