Page 517 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 517
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1994
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK)
Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. (KPM, 1994)
Kemahiran Berfikir Kritis ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. (KPM, 1994)
2010
Elemen kreativiti dan inovasi dalam
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK)
Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir
manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada
idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses
invasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan
adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil
daripada tanaman dan pemeliharaan benih (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
2013
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan program i-THINK
KBAT ialah satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya untuk
mencipta sesuatu. (KPM, 2013)
Program i-THINK adalah program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif (AIM, 2013)
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015)
Rajah 3. Kronologi Kemahiran Berfikir di Malaysia.
KPM telah memperkenalkan KBKK dalam Kurikulum Kebangsaan sejak tahun 1994
lagi melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM). Kemudian, pada tahun 2010, KPM melalui PIPP telah menerapkan elemen kreativiti
dan inovasi dalam KBKK. Manakala pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) pula diperkenalkan dengan kemahiran asas 4M, iaitu Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul. Semua ini merupakan satu inisiatif KPM untuk memperkukuh dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 496

