Page 515 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 515

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

























                              (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)

                                          Rajah 1.  Model Kemahiran Berfikir (a)


                       Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia,
               2002),  model  kemahiran  berfikir  dibahagikan  kepada  kemahiran  berfikir  kritis  dan  kreatif.

               Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan individu untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
               dan  bersifat  evaluatif.  Manakala  kemahiran  berfikir  kreatif  merupakan  suatu  kebolehan
               individu untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Melalui ilham atau

               gabungan idea-idea yang ada ini akan menghasilkan idea-idea yang baru.

                       Pada peringkat awal berdasarkan model Kemahiran Berfikir oleh PPK (Kementerian

               Pendidikan Malaysia, 2002), peringkat tertinggi dalam proses berfikir ialah strategi  berfikir
               yang mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan

               kreatif.  Kesemua  kemahiran  yang  digunakan  dalam  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran
               bermatlamat  pada  akhirnya  menuju  ke  arah  menkonsepsi,  menyelesaikan  masalah  atau
               membuat keputusan. Dalam model ini juga kemahiran berfikir menaakul merupakan pelincir

               dalam membantu individu membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua
               kemahiran berfikir dan strategi berfikir.


                       Setelah KPM memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 –
               2010 yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi, maka PPK memperkenalkan model
               Kemahiran Berfikir yang menerapkan elemen tersebut. Rajah 2 menunjukkan perhubungan

               antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan
               strategi  berfikir  serta  penerapan  elemen  kreativiti  dan  inovasi  (Kementerian  Pelajaran


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                494
   510   511   512   513   514   515   516   517   518   519   520