Page 577 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 577

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 MENINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN PERKATAAN E PEPET DAN E’ TALING
                              DENGAN BETUL MENGGUNAKAN ALAT MIBM 4 DALAM 1

                                                           1
                                    Nur Afiqah binti Ezani , Nurhijrah binti Zakaria
                                                                                    2

                               1 Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih ‘2’ (Integrasi), Kajang
                         2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu
                                                afiqahezani96@gmail.com



                                                       ABSTRAK



               Sebutan Bahasa Melayu yang betul merupakan aspek yang penting untuk dipelajari kerana
               sebutan yang jelas, betul dan tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau maksud dan

               pendengar  pula  memahami  apa  yang  dimaksudkannya.  Kajian  ini  dijalankan  untuk
               meningkatkan  penguasaan  sebutan  perkataan  e  pepet  dan  é  taling  dengan  betul
               menggunakan  alat  Media  Interaktif  Bahasa  Melayu  4  dalam  1  (MIBM  4  dalam  1)  dalam

               kalangan  murid  tahun  2  Anggun.  Sampel  diambil  daripada  murid-murid  di  kelas  yang
               menjalani program  “Dual Language Programme” (DLP) iaitu kelas 2 Anggun. Tiga orang
               peserta kajian telah dipilih berdasarkan skor markah paling rendah yang diperoleh dalam ujian

               lisan  yang  diberikan  melalui  kaedah  pensampelan  bertujuan.  MIBM  4  dalam  1  ini  dibina
               menggabungkan empat jenis media interaktif iaitu teks, imej, video dan audio dalam satu slaid
               interaktif yang menarik. Selain itu, alat ini juga menggabungkan unsur seni dalam pendidikan

               iaitu simbol warna, bunyi, gambar serta pergerakan bagi menarik perhatian Peserta Kajian
               dalam meneroka maklumat dan aktiviti yang disediakan di dalam MIBM 4 dalam 1. MIBM ini

               juga dicipta berdasarkan Model Taksonomi Bloom dan Kaedah Masteri bagi membantu murid
               meningkatkan  penguasaan  sebutan  perkataan  e  pepet  dan  é  taling  dengan  betul.
               Pengumpulan data dilakukan menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian sepanjang proses

               pengajaran dan pembelajaran dengan melihat tingkah laku dan reaksi yang ditunjukkan murid
               semasa menggunakan MIBM 4 dalam 1 dan Ujian Lisan II digunakan selepas sesi pengajaran
               dan  pembelajaran.  Analisis  kandungan  terhadap  ujian  lisan  dan  latihan  bacaan  yang

               diselesaikan murid juga dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan guru dapat membantu
               murid membezakan sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul menggunakan alat
               Media  Interaktif  Bahasa  Melayu  4  dalam  1  (MIBM  4  dalam  1).  Kajian  ini  boleh  menjadi

               alternatif kepada guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
               Melayu KSSR serta memberi nilai tambah dalam aspek amalan terbaik pedagogi.


               Kata Kunci: dual language programme (dlp), model taksonomi bloom, kaedah masteri  dan
               bahasa melayu KSSR.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                556
   572   573   574   575   576   577   578   579   580   581   582