Page 580 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 580

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               huruf vokal dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati teknik hubungkait
               yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran membaca dengan bunyi sebutan yang betul.

               Akhir sekali, kajian daripada Nor Hafidah Ibrahim (2017) mengenai Multimedia Interaktif yang
               dapat  mempertingkatkan  pengajaran  dan  pembelajaran  kursus  Bahasa  Melayu  dalam
               kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia telah menarik minat pengkaji untuk menerapkan

               elemen multimedia dalam kalangan murid sekolah rendah pula. Hal ini kerana menurut Ariani
               & Haryono (2010), manfaat  penggunaan multimedia interaktif  adalah proses pembelajaran

               jelas, lebih menarik, lebih interaktif, jumlah waktu mengajar dapat dikurangi, kualitas belajar
               murid dapat lebih termotivasi dan pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana dan bila-bila
               sahaja  (sangat  fleksibel),  serta  sikap  dan  perhatian  belajar  murid  dapat  ditingkatkan  dan

               dipusatkan.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Sampel diambil daripada murid-murid di
               kelas yang menjalani program  “Dual Language Programme” (DLP) iaitu kelas 2 Anggun. Tiga

               orang  peserta  kajian  telah  dipilih  berdasarkan  skor  markah  paling  rendah  yang  diperoleh
               dalam  ujian  lisan  yang  diberikan  melalui  kaedah  pensampelan  bertujuan.  Kajian  ini
               merupakan kajian tindakan yang menggunakan ujian lisan dan kaedah pemerhatian sebagai

               kaedah yang digunakan untuk meninjau masalah. Kajian ini dilakukan berpandukan model
               Stephen Kemmis dan McTaggart (1988) seperti yang ditunjukkan di bawah :























                                 Rajah 1 : Model Stephen Kemmis dan McTaggart (1988)


               Langkah pertama dalam model ini ialah mereflek iaitu pengkaji perlu menyediakan refleksi
               terhadap masalah yang berlaku dalam sesi PdPc. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya

               diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk
               memahami dengan lebih mendalam tentang masalah tersebut.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                559
   575   576   577   578   579   580   581   582   583   584   585