Page 581 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 581
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a.Ujian lisan/bacaan l
Pengetahuan murid dalam penguasaan menyebut perkataan-perkataan yang melibatkan
perkataan e pepet dan é taling diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi
walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama. Analisis tinjauan awal mendapati bahawa
pengetahuan murid dalam penguasaan menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu
terutama perkataan-perkataan e pepet dan é taling’ ini masih lagi lemah. Keputusan ujian I
membuktikan wujudnya masalah ini. Berdasarkan keputusan ujian ini, pengkaji telah
mengambil keputusan untuk mengambil 3 orang murid dari kelas 2 Anggun sebagai peserta
kajian Pengkaji. Markah untuk peserta kajian Pengkaji masing-masing mendapat 14, 11 dan
12 markah yang betul daripada 20 perkataan yang diberi.
b.Pemerhatian
Semakan video-video bacaan murid yang dihantar sebelum ini dilihat bagi mendapatkan
gambaran tahap penguasaan murid menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu dengan
betul terutamanya yang melibatkan perkataan-perkataan e pepet dan é taling’. Selain itu,
tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.
Langkah kedua pula ialah merancang iaitu pengkaji perlu membuat pelan tindakan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Setelah mengutip data dan mengambil kira markah ujian
lisan dan pemerhatian, Pengkaji melaksanakan program intervensi untuk membantu murid
menguasai sebutan e pepet dan é taling dengan betul. Pengkaji membimbing mereka dengan
membina satu alat yang dinamakan “Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1”. 4 dalam 1
yang dimaksudkan ialah penggabungan 4 jenis media interaktif iaitu teks, imej, video dan
audio dalam satu slaid interaktif yang menarik. Selain itu, 4 dalam 1 juga membawa maksud
penggabungan unsur seni dalam pendidikan iaitu simbol warna, bunyi, gambar dan
pergerakan. Dalam alat ini, pengkaji akan membina satu slaid interaktif di mana murid dapat
melihat sendiri gambar, perkataan, maksud dalam Bahasa Inggeris, bunyi sebutan yang betul
dan pergerakan untuk e pepet dan é taling. Langkah cadangan pelaksanaan dalam PDPR
guru adalah seperti berikut :
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 560

