Page 579 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 579

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               1 juga membawa maksud  penggabungan unsur seni dalam pendidikan iaitu simbol warna,
               bunyi, gambar serta pergerakan. Pengkaji  akan menggabungjalinkan kemahiran membaca

               dan bertutur yang betul dalam Bahasa Melayu. Dalam alat ini, pengkaji akan membina satu
               slaid interaktif di mana murid dapat melihat sendiri gambar, perkataan, maksud dalam Bahasa
               Inggeris, bunyi sebutan yang betul dan pergerakan untuk e pepet dan é taling.


               SOROTAN LITERATUR


               Pengkaji  mendapati  tidak  banyak  kajian-kajian  yang  dibuat  berhubung  terus  dengan
               penguasaan e pepet dan é taling dalam kalangan murid sekolah rendah terutamanya tahap 1
               namun  terdapat  beberapa  kajian  mengenai  cara  meningkatkan  kemahiran  membaca  dan

               sebutan Bahasa Melayu dengan betul.
                       Musa  Ahmad  (1988)  dalam  kajiannya  memetik  pandangan  Teuku  Iskandar  (1970)
               yang  menyatakan  bahawa    sebutan  baku  merupakan  aspek  penting  dalam  aktiviti  lisan.

               Implikasi bagi sebutan yang jelas, betul dan tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau
               maksud dan pendengar pula memahami apa yang dimaksudkannya. Menurut Awang Seriyan,

               bunyi é dan e sering menimbulkan masalah kepada pelajar, khususnya yang mempelajari
               bahasa  Melayu  sebagai  bahasa kedua.    Hal  ini  disebabkan  oleh  penggunaan  huruf  yang
               sama, iaitu e.  Jadi, timbullah kekeliruan sebutan untuk kata sémak (seperti dalam ayat: Guru

               menyemak buku pelajar.) dan semak (seperti dalam ayat: Kawasan di belakang rumah itu
               semak).

                       Siti  Muslihah  (2018)  pernah  membuat  kajian  tentang  kesukaran  dan  kesalahan
               sebutan bunyi vokal dan konsonan BM dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti
               Putra Malaysia mendapati bahawa mereka yang datang dari beberapa buah negara yang

               berlainan tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang berabjad ‘e’ kerana menganggap
               bahawa bunyi abjad Melayu adalah sama dengan bunyi abjad Latin bahasa lain, terutama
               sekali jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Selain itu, dapatan kajian Nora’Azian Nahar

               (2020) menunjukkan sebanyak 39.6% tidak lancar membaca dalam bahasa Melayu dalam
               kalangan murid  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina. Thamarai  Valli  (2018)  dalam kajiannya,
               Membantu  Meningkatkan  Kemahiran  Membaca  dan  Sebutan  Bahasa  Melayu  yang  betul

               melalui  Permainan  Bahasa  dalam  kalangan  Murid  tahun  4  Mawar,  menunjukkan  aktiviti
               permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid untuk menyebut Bahasa

               Melayu yang betul.
                       Selain  itu,  Lee  Bee  Lee  (2017)  merupakan  kajian  untuk  melihat  sejauh  manakah
               penggunaan kaedah hubungkait dapat membantu murid pemulihan yang bermasalah dalam

               menguasai  kemahiran  membaca  dengan  bunyi  sebutan  yang  betul  khususnya  kemahiran
               huruf vokal awalan iaitu “a, e,i,o,u” di samping meningkatkan ingatan murid terhadap bunyi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                558
   574   575   576   577   578   579   580   581   582   583   584