Page 583 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 583
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Setelah melaksanakan proses tindakan terhadap PK, ternyata penggunaan Media Interaktif
Bahasa Melayu 4 dalam 1 dapat membantu meningkatkan meningkatkan penguasaan
sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul. Instrumen yang digunakan dalam
mendapatkan data bagi menjawab soalan kajian yang pertama ini ialah analisis data jawapan
yang dikemukakan PK dalam Ujian Lisan II.
Sebelum PK menjalani sesi tindakan, Ujian Lisan I telah dijalankan keatas mereka dan
ketiga-tiga PK mendapat markah yang rendah. Pengkaji melihat cara sebutan /e/ iaitu e pepet
yang dihasilkan oleh murid. Kebanyakan mereka membunyikan e pepet /ǝ/ sebagai e taling
/e/ dan membunyikan e taling sebagai e pepet. Contohnya, perkataan /enak/, murid membuat
kesalahan dengan menyebut e taling /e/ sebagai e pepet /ǝ/ iaitu /ǝnak/ serta /inak/. Selain
itu, mereka juga membuat kesalahan apabila mempunyai perkataan yang menggabungkan e
pepet dan e’ taling seperti kerepek dan perkataan yang mempunyai ejaan sama tetapi sebutan
berbeza seperti rendang dan pedang walaupun telah disediakan gambar.
Ujian II ini berbentuk lisan terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A yang
terdiri daripada lima perkataan-perkataan e pepet, bahagian B terdiri daripada lima perkataan-
perkataan etaling, bahagian C terdiri daripada empat perkataan-perkataan gabungan e pepet
dan é taling dan bahagian D terdiri daripada enam perkataan-perkataan yang ejaan sama
namun sebutan berbeza yang perlu dibaca. Pengkaji telah membezakan dengan warna untuk
memudahkan PK membaca dengan lebih betul. Jadual 2 menunjukkan markah PK dalam
Ujian Lisan I dan Ujian Lisan II.
Jadual 2 : Markah PK dalam Ujian Lisan I dan Ujian Lisan II
Bil Peserta Kajian Skor Markah Skor Markah
Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
(Ujian Lisan I) (Ujian Lisan II)
1. PK1 14/20 20/20
2. PK2 11/20 18/20
3. PK3 12/20 20/20
Soalan Kajian 2 : Apakah langkah-langkah yang dilalui oleh murid menggunakan MIBM 4
dalam1 dalam membezakan sebutan perkataan yang sebutannya e-pepet dan e-taling ?
a. Video Pengenalan E pepet dan é taling
Pengkaji menayangkan satu video pengenalan mengenai maksud e pepet dan é taling dan
sebutannya. Semua peserta kajian didapati menumpukan sepenuh perhatian kepada video
penerangan yang diberikan serta tidak bermain-main seperti kebiasaan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji menguji pengetahuan sedia ada ketiga-tiga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 562

