Page 585 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 585
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 dapat
membantu murid bagi mengatasi masalah mereka dalam penguasaan sebutan perkataan e
pepet dan é taling dengan betul. Penggunaan media seperti gambar, simbol, suara,
pergerakan dan nyanyian dalam satu slaid sangat membantu murid dalam menguasai
sebutan e pepet dan é taling dengan betul. Kajian Doyle (2007) dan Azizi (2009) iaitu
pembelajaran menggunakan multimedia lebih berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam
mana-mana matapelajaran malah amat mudah digunakan untuk menerangkan sesuatu
pembelajaran. Justeru itu, kita perlu memanfaatkan teknologi yang ada dalam membantu
murid menguasai Bahasa Melayu dan menghargai Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
negara.
CADANGAN KAJIAN
Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 sudah dibuktikan berjaya membantu PK bagi
mengatasi masalah mereka dalam penguasaan sebutan perkataan e pepet dan é taling
dengan betul. Walau bagaimanapun, pengkaji merasa terdapat beberapa cadangan yang
boleh diteliti untuk meningkatkan keberhasilan kajian tindakan ini sekaligus dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Perkara yang dinyatakan oleh pengkaji
hanyalah untuk cadangan penambah baikan dan untuk memudahkan pengkaji meneruskan
penyelidikan pada masa akan datang.
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap MIBM 4 dalam
1 adalah untuk menjadikan alat ini sebagai sebuah aplikasi yang memudahkan orang lain
untuk mengaksesnya. Hal ini kerana, MIBM 4dalam1 hanya tersedia dalam bentuk
persembahan slaid Microsoft powerpoint sahaja. Ini merupakan satu kelemahan yang perlu
diatasi untuk membantu guru-guru lain mengakses bahan interaktif ini.
Cadangan seterusnya ialah dalam aspek pentaksiran, pengkaji mencadangkan agar
item soalan di tambah jumlahnya dan tidak terhad kepada bentuk sebutan perkataan sahaja.
Contohnya, boleh bina soalan untuk murid menyebut dalam bentuk frasa dan ayat pula
dengan menggunakan e pepet dan é taling. Selain itu, tahap soalan juga perlu ditingkatkan
kerana soalan dalam aplikasi ini adalah tahap mudah. Dengan ini murid akan lebih berusaha
untuk belajar sehingga mahir agar dapat mendapat markah ujian yang tinggi.
RUJUKAN
Ariani, Haryona. (2010). Pembelajaran multi media di sekolah : Pedoman pembelajaran
inspiratif, konstruktif, dan prospektif / Niken Ariani, Dany Haryanto. Jakarta.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 564

