Page 589 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 589

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pembelajaran  dalam  situasi  yang  sebenar,  bermakna  dan  menyeronokkan,  (iii)
               mengembangkan  kemahiran  sosial  dan  kerja  berpasukan,  (iv)  meningkatkan  minat  murid

               untuk  belajar,  dan  (v)  mengintegrasikan  pelbagai  disiplin  ilmu  dalam  satu  masa  (Torkos,
               2019).  Berdasarkan  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  11/2004  Pelaksanaan  PLBD,  pihak
               kementerian menggalakkan sekolah menganjurkan program lawatan sambil belajar dan kerja

               lapangan sebagai  sebahagian dari aktivti PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).
                       Menurut Waite dan Rea (2007), terdapat beberapa bentuk pembelajaran yang dapat

               dijalankan melalui PLBD iaitu menghubungkait atau Relate dimana murid akan belajar dalam
               konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada. Kedua, murid
               akan  mengalami  atau  Experiencing  dimana  murid  belajar  dalam  konteks  penerokaan,

               penemuan dan rekacipta. Ketiga, murid akan mengaplikasikan atau Applying apa yang telah
               dibelajari oleh murid dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan

               dalam  situasi  lain.  Keempat,  proses  bekerjasama  atau  Cooperating  dimana  murid  akan
               belajar dalam konteks kerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. Akhirnya, murid
               akan memindahkan atau Transfering apa yang murid belajar dalam konteks sedia ada dan

               menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.
                       Justeru itu, bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku, pengkaji berhasrat
               untuk menjalankan kajian  ini  bagi  meningkatkan  tahap  pengguasaan  Bahasa  Melayu  dan

               pelibatan  aktif  MBP  dengan  menggunakan  kaedah  PLBD  dalam  proses  PdPc.  Ini  adalah
               disebabkan oleh penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
               di sekolah mahupun di tempat kerja (Laporan Tahunan PPPM 2013-2025, 2017).  Selain itu,

               banyak  kajian  membuktikan  bahawa  PLBD  juga  dapat  mengukuhkan  kefahaman  murid
               terhadap  konsep  yang  dipelajari  di  dalam  kelas  dan  luar  kelas,  memberikan  pengalaman

               pembelajaran  dalam  situasi  yang  sebenar,  bermakna  dan  menyeronokkan  serta
               meningkatkan pelibatan murid dalam proses pembelajaran (Terence dan Kerry (2018); Waite
               (2007) dan Benefield (2004).


               METODOLOGI KAJIAN

               Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan PLBD terhadap penguasaan Bahasa

               Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam Kursus Dandanan Rambut. Selain itu, kajian ini juga
               berharap dapat membantu MBP membuat perkaitan antara pengalaman yang dilalui dengan

               maklumat dalam soalan yang dikemukakan. Kajian ini dijalankan terhadap sembilan orang
               MBP daripada Kursus Dandanan Rambut di salah sebuah Sekolah Menengah Pendidikan
               Khas Vokasional di Negeri Johor sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk

               kuasi eksperimental ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan yang menjadikan sesi PLBD
               sebagai  intervensi  setelah  sesi  pembelajaran  secara  tradisional  dijalankan.  Justeru  itu,



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                568
   584   585   586   587   588   589   590   591   592   593   594