Page 588 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 588
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pengkaji mengajar kemahiran vokasional dalam bidang Dandanan Rambut Tahap 2 Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) lebih 7 tahun yang terdiriri daripada Unit Kompetensi Hair Care
Consultation, Hair Shamppoing, Hair Styling, Hair and Scalp Treatment, Hair Salon
Maintenance dan Hair Product Retailing bagi murid bermasalah pembelajaran (MBP)
daripada pelbagai tahap. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, pengkaji mendapati sukar
untuk memberikan pengalaman industri sebenar dan mengaitkan perkhidmatan yang
ditawarkan di dalam salun kepada MBP melalui kaedah tradisional dalam kelas. Hasil
daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ini, pengkaji mendapati MBP
menghadapi masalah penguasaan Bahasa Melayu yang lemah dan pelibatan aktif MBP
dalam Kursus Dandanan Rambut sepanjang tempoh pengajaran pengkaji menjadi cabaran
kepada pengkaji. Kedua-dua aspek ini merupakan asas penting bagi menguasai Unit
Kompetensi dalam Kursus Dandanan Rambut kerana ia merupakan elemen utama dalam
verifikasi peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Justeru, MBP juga tidak dapat
mengaitkan pembelajaran dengan kemahiran yang dibelajar dan tidak dapat melibatkan diri
dalam proses PdPc mengikut spesifikasi kemahiran. Malah MBP juga tidak fokus dan lambat
memberi respon jika soalan secara lisan yang berkaitan kemahiran diajukan kepada mereka.
Kesannya MBP tidak menunjukkan penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif dalam
bidang Kursus Dandanan Rambut secara keseluruhan. Malah Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21) turut menggariskan penguasaan bahasa dan pelibatan aktif sebagai salah satu
standard yang perlu dicapai oleh murid (KPM, 2013). Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif
untuk menukarkan kaedah PdPc pengkaji kepada kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah
(PLBD) yang terancang dan berstruktur dari tahun 2018 sehingga 2020. Ia juga merangkumi
persekitaran pembelajaran yang progresif dan pembelajaran berkonsepkan kontekstual.
SOROTAN LITERATUR
Selaras dengan saranan UNESCO untuk mengamalkan Four Pillars of Education iaitu
learning to know, learning to do, learning to live dan learning to be, telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna dan lebih berbentuk kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006).
Pengalaman kontekstual mengukuhkan kefahaman terhadap konsep yang dipelajari dalam
bilik darjah, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data
serta maklumat. Menurut Kolb (1984), pembelajaran kontekstual merupakan situasi
pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial,
budaya, fizikal dan psikologi. Objektif yang ditekankan dalam PLBD ini ialah (i) mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas, (ii) memberi pengalaman
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 567

