Page 610 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 610
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kesediaan dan cabaran yang dialami oleh pelajar ketika menghadapi sesi pembelajaran
dalam talian. Tidak dinafikan, murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan adalah antara
yang paling terjejas kerana mereka memerlukan masa untuk menggunakan kaedah
pembelajaran bersemuka di dalam kelas hingga kaedah pembelajaran jarak jauh dalam talian
agar proses pembelajaran yang ada tidak terganggu, terutamanya ketika negara berdepan
dengan penularan wabak COVID-19 (Chung, Mohamed Noor & Mathew, 2020). Sebenarnya,
perubahan ini tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain seperti United
Kingdom. Sebagai contoh, University of Cambridge telah mengambil bahagian dalam sesi
pembelajaran dalam talian untuk sesi akademik 2020/2021 untuk mengekang penyebaran
wabak dalam kalangan pelajar dan perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi proses
pembelajaran sedia ada (BBC News, 2020). Akibat dari penularan pandemik COVID-19,
dianggarkan lebih daripada 421 juta pelajar telah terjejas proses pembelajaran mereka untuk
sesi pengajian semasa institusi pendidikan harus segera ditutup bagi memastikan
keselamatan kakitangan dan pelajar yang berisiko terlibat dengan jangkitan. Menurut kajian
yang dilakukan oleh Mohamed Nazul (2020), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh
pelajar dalam menjalani pembelajaran dalam talian yang melibatkan kemampuan untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi kerana ia melibatkan pembelajaran digital
dan juga perubahan sikap untuk menerima amalan pembelajaran dalam norma baharu yang
dilaksanakan secara dalam talian.
MATLAMAT KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu.
2. Mengenal pasti tahap persetujuan kesihatan mental dan sokongan sosial dalam
kalangan pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga persoalan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah dikenal pasti iaitu:
1. Apakah situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu?
2. Apakah tahap persetujuan kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan
pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu?
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 589

