Page 609 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 609

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               TINJAUAN LITERATUR

               Mutakhir ini, masyarakat Malaysia semakin kerap menghadapi ketidakseimbangan emosi,

               psikologi, dan kognitif sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa yang pada dasarnya
               berhubungan dengan konflik  peribadi  dan  polemik  semasa  yang  dihadapi  termasuklah

               wabak COVID-19 yang  sedang melanda.  Hal  ini  kerana, pada  penghujung  tahun  2019
               telah  muncul  wabak  jangkitan  paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya di
               Wuhan, Wilayah Hubei, China (Li et al., 2020). Namun, jangkitan paru-paru ini kemudiannya

               telah terbukti disebabkan oleh virus baru yang diberi nama 2019-novel Coronavirus disease
               (COVID-19). Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization,WHO)
               telah  mengumumkan  pandemik COVID-19 sebagai  masalah  kesihatan  awam dunia.

                       Sehingga  8  November  2020,  wabak  COVID-19  telah  mencatat  lebih  50  juta  kes
               dengan angka kematian sebanyak 1.25 juta orang melibatkan keseluruhan 219 buah negara
               yang  terjejas  di  seluruh  dunia  (Data  WHO,  2020).  Manakala  berdasarkan  statistik

               Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 8 November 2020 pula mencatatkan jumlah kes
               sebanyak 40,209 dan 290 kematian. Penularan wabak COVID-19 ini telah memberi impak

               kepada semua aspek kehidupan. Malah transisi kehidupan norma baharu  juga turut memberi
               kesan  psikologi  kepada  manusia  sehingga  ramai  orang  berasa  cemas, tertekan, bimbang
               dan takut dijangkiti wabak ini. Dalam  wawasan  kemakmuran  bersama  2030,  kerajaan  ingin

               membina  indikasi  modal  sosial  dan perkembangannya antara lain menggariskan indeks
               kesejahteraan  rakyat  sebagai  salah  satu  matlamat  pelan  teras  strategik  ini.    Hal  ini  bagi

               melahirkan  individu yang seimbang  dari aspek jasmani, emosi dan  rohani. Pembelajaran
               jarak jauh secara dalam talian adalah sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini. Hampir
               semua peringkat pembelajaran dari sekolah rendah hingga peringkat pengajian tinggi mulai

               memanfaatkan  pembelajaran  dalam  talian  sebagai  salah  satu  norma  baru  yang  harus
               dipraktikkan.  Sebenarnya,  ini  adalah  transformasi  untuk  meletakkan  sistem  pendidikan  di
               Malaysia  sebagai  salah  satu  pusat  pendidikan  di  peringkat  dunia  (OUM,  2020).  Proses

               pembelajaran  dalam  talian  telah  diteruskan  melalui  beberapa  pengubahsuaian  untuk
               mengoptimumkan kesan dan impaknya kepada pelajar yang melibatkan bentuk komunikasi
               segerak dan tak segerak (Mohamed Nazul, 2020).

                       Kaedah pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian memerlukan  kerjasama
               dan  komitmen  daripada  semua  pihak  dari  segi  penggunaan,  penyediaan  platform

               pembelajaran,  penyediaan  bahan,  pengetahuan  dan  kemahiran  penggunaan  teknologi
               kerana ia akan menggunakan peranti digital selain akses internet. Sejajar dengan saranan
               yang telah dilaksanakan oleh KPM, seluruh warga pendidik termasuk  pihak sekolah yang

               bertanggungjawab ke atas kandungan pendidikan KPM mulai mengambil inisiatif dan strategi
               agar sesi PdPR berjalan dengan lancar. Pelbagai kajian awal telah dilakukan untuk melihat



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                588
   604   605   606   607   608   609   610   611   612   613   614