Page 607 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 607
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mental dan sokongan sosial yang ada dan boleh membantu menghadapai suasana
pandemik yang semakin bercelaru.
Kata kunci: kesihatan mental, sokongan sosial, pemimpin pandu puteri
PENGENALAN
Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia,
malahan kepada seluruh ekonomi dunia. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas akibat
penularan wabak ini. Namun begitu proses penutupan atau penyekatan (lockdown) akibat
penularan COVID-19 yang masih berlangsung di Malaysia, menunjukkan bahawa hal ini
bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap sektor ekonomi malah sektor pendidikan
juga turut terkesan. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan para pelajar semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri
dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses PdP dilaksanakan
secara dalam talian (Abdul Rashid et .al, 2020).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan Manual Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan
PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PdPR ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah menetapkan bahawa setiap murid mendapat
akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa
hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka
tidak dapat hadir ke sekolah (KPM, 2021). Prinsip asas dalam pelaksanaan PdPR ini adalah
dengan memberikan ruang dan peluang kepada pihak sekolah mengatur strategi untuk
memastikan proses PdP berlaku secara optimum. Setiap sekolah unik dan mempunyai
keperluan serta cabaran tersendiri. Terdapat tiga prinsip asas yang perlu dipertimbangkan
semasa melaksanakan PdPR iaitu tiada murid tercicir dalam pembelajaran di mana pihak
sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR berdasarkan keperluan dan
kesediaan mereka. Guru pula perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai supaya murid
dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang ditetapkan. Guru hendaklah meneroka
cara yang berbeza dan bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid
dalam PdPR. Prinsip yang kedua ialah asas pembelajaran dipenuhi di mana guru perlu
memastikan standard kandungan dan standard pembelajaran yang disampaikan melalui
kaedah yang pelbagai dan bersesuaian serta mengambil kira kecenderungan, minat, gaya
pembelajaran dan keupayaan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 586

