Page 608 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 608

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan  menyeluruh  bagi  memastikan  murid  mencapai  tahap  penguasaan  yang  ditetapkan.
               Manakala prinsip yang ketiga ialah kesejahteraan sosio emosi murid diutamakan di mana

               pentadbir sekolah dan guru perlu sentiasa peka kepada keperluan murid untuk mengikuti
               PdPR. Sosio emosi merujuk pelbagai aspek seperti motivasi untuk belajar, hubungan dengan
               guru dan rakan, dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.

                         Oleh  itu,  guru  hendaklah  mengambil  kira  aspek  sosio  emosi  murid  dalam
               merancang PdPR supaya murid berasa seronok dan selesa untuk belajar. Guru bimbingan

               kaunseling berperanan dalam membantu murid yang memerlukan sokongan supaya mereka
               bersedia mengikuti PdPR. Situasi  yang berlaku di sekolah ini tururt dirasai oleh pelajar yang
               menuntut di IPG yang tidak terkecuali daripada menghadapi proses PdPR di rumah. Secara

               tidak langsung para Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM yang merupakan Pemimpin PPPM Caw.
               IPG KPM  IPG  juga terlibat dengan PdPR.Pada 18hb. Mac 2020, kerajaan Malaysia telah

               mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Kumpulan pelajar di
               semua IPG seluruh Malaysia telah melalui proses lockdown selama 6 bulan di rumah. Pada
               1hb September 2020 pelajar-pelajar ini telah mendaftar sebagai pelajar baharu secara fizikal

               dan telah melalui proses kuarantin dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard atau
               Standard  Operational  Procedure  (SOP)  yang  telah  ditetapkan.  Dalam  tempoh  kuarantin
               tersebut  PdP  dijalankan  secara  dalam  talian  dan  sebaik  sahaja  tamat  tempoh  kuarantin

               kaedah PdP telah dijalankan secara bersemuka di kelas. Namun begitu apabila kes penularan
               COVID-19 semakin meningkat kumpulan pelajar ini telah kembali semula ke rumah masing-
               masing dan kaedah PdP telah dijalankan secara dalam talian.

                       Pada bulan Disember 2020 sehingga awal bulan Januari 2021 pentaksiran alternatif
               iaitu peperiksaan Secara Take Home Exam (THE) telah dijalankan. Seterusnya setelah tamat

               cuti semester pertama sebahagian daripada kumpulan pelajar ini telah kembali semula ke
               kampus  pada  18  Januari  2021  bagi  menyambung  pengajian  di  Semester  2.  Walaupun
               sebahagian besar pelajar telah berada di kampus tetapi kaedah PdP masih dijalankan secara

               dalam  talian  kerana  terdapat  juga  sebahagian  pelajar  lagi  yang  berada  di  rumah.  Pada
               penghujung bulan April 2021 kesemua pelajar telah kembali semula ke rumah masing-masing

               dan kini mereka semua bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada bulan Mei 2021
               secara ujian terbuka atau  Open Book Test (OBT). Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM turut
               berdepan dengan situasi Pandemik COVID-19 yang bergolak dan tidak menentu ini dalam
               menghadapi tugas harian dan aktiviti Pandu Puteri di IPG masing-masing. PKP dan PdPR

               yang  berlaku  berkemungkinan  memberi  tamparan  kepada  situasi  kesihatan  mental  dan
               sokongan sosial mereka.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                587
   603   604   605   606   607   608   609   610   611   612   613