Page 606 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 606
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ANALISIS KESIHATAN MENTAL DAN TINGKAH LAKU PEMIMPIN PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA CAW.ANGAN IPG KPM KETIKA PKP COVID-19
FASA SATU
2
3
Sholehah Ismail, PhD¹, Noor Habibah Kaderan, PhD , Norsita Ali, PhD , Siti Rosni
4
Mohamad Yusoff, PhD , Aimi Afiqah Nor Azmy .
5
¹IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, ²IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi,
³Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor, ⁴IPG Kampus Antarabangsa
⁵Yayasan Chow Kit Malaysia
¹sholehah091268@gmail.com,²masbib@yahoo.com,³norsita@ipgm.edu.my,
ctrosni@gmail.com, ⁵aimi.azmyy@gmail.com
ABSTRAK
Wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh dunia
termasuk di Malaysia terutama dari segi politik, ekonomi, kesihatan, dan pendidikan. Bahkan
impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental dan sokongan sosial. Ekoran
daripada wabak ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk
memutuskan rantaian wabak sekaligus telah mengubah corak dan norma kehidupan rakyat.
Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan sokongan sosial dan kesihatan mental individu
terlibat sama ada yang menjalani tempoh PKP secara berseorangan ataupun
berkeluarga susulan dari tekanan psikologi atau tekanan sosial. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengetahui situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan
pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Caw.angan (Caw.) Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika pandemik COVID-19 fasa satu
(mulai 18 hingga 31 Mac 2020). Kaedah kajian adalah menggunakan soal selidik yang diedar
secara dalam talian kepada semua Pemimpin PPPM di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di
seluruh Malaysia. Seramai 48 orang Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM telah terlibat dalam
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 48 (100%) orang pemimpin PPPM
Caw. IPG KPM yang menjawab soal selidik ini bersetuju bahawa mereka masih waras dan
dapat melakukan tugasan institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) di rumah masing-masing
dengan baik. Mereka juga menerima sokongan sosial dari keluarga, jiran, rakan sekerja serta
Pengurusan IPGK dan boleh melakukan aktiviti seharian dengan mudah dan gembira.
Dapatan kajian bagi Domain Kesihatan Mental ialah (min=2.81, sp=0.47) manakala bagi
domain Sokongan Sosial ialah (min=2.63, sp=0.59). Kesimpulannya, kajian ini dapat
memberikan panduan kepada pemimpin unit beruniform yang lain dan warga pendidik
bagaimana cara dan kaedah yang terbaik yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 585

