Page 633 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 633

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Punca-punca kesilapan bahasa paling ketara adalah disebabkan oleh tidak mengetahui batas
               rumus bahasa iaitu tidak memahami peraturan bahasa ketika menjawab soalan. 135 (56.7%)

               kesilapan bahasa telah dikesan. Punca kesilapan bahasa kedua tertinggi ialah generalisasi
               dan  aplikasi  melampau.  Pelajar  didapati  telah  melakukan  pemilihan  bahasa  yang  salah
               apabila  penggunakan  perkataan  yang  tidak  tepat  dalam  konteks  ayat  atau  soalan  yang

               dikemukakan.  63  kesilapan  (26.4%)  bahasa  telah  dikesan.  Jenis  kesilapan  bahasa  yang
               kedua ialah menghipotesiskan konsep yang palsu iaitu 22 kesilapan (9.2%).

                       Pelajar didapati keliru atau salah membuat jangkaan atau andaian andaian terhadap
               konsep  bahasa  yang  hampir  sama.  Jenis  kesilapan  bahasa  yang  ketiga  ialah
               menghipotesiskan konsep yang palsu. Pelajar didapati membuat jangkaan atau andaian yang

               salah terhadap konsep bahasa yang hampir sama tetapi tidak betul. Punca kesilapan bahasa
               yang keempat ialah pengaruh luaran iaitu pengaruh bahasa ibunda atau bahasa pertama,

               termasuk dialek dan bahasa pasar. Sebanyak 18 (7.5%) kesilapan telah dikesan berbanding
               pengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dengan 92 kesilapan. Dapatan kajian ini
               selaras dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Zulkifley Hamid, Karim Harun dan

               Saadiah Ma’alip (2000), Farid dan Ajid (1981) dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010) yang
               mengatakan pengaruh bahasa ibunda menjadi punca utama kesalahan bahasa selain tidak
               menguasai rumus bahasa.

                       Pelajar  kaum  Cina,  India  dan  Pribumi  dicadangkan  agar  diberi  penekanan  dalam
               aspek  penulisan.  Hal  ini  kerana  pelajar-pelajar  ini  kerap  melakukan  kesilapan  jangkaan
               terhadap sesuatu maksud bahasa kerana terpengaruh dengan bahasa ibunda.


               KESIMPULAN


               Rumusannya, instrumen ujian diagnostik ini dapat mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca
               kesilapan pelajar. Jenis-jenis kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar ialah dalam aspek
               psikologi dan linguistik. Kesilapan psikologi terdiri daripada dialek, bahasa ibunda dan bahasa

               yang  dipelajari.  Manakala  kesilapan  bahasa  linguistik  terdiri  daripada  pemindahan  dan
               gangguan  bahasa  ibunda,  analogi  dan  latihan,  dan  strategi  pengajaran  dan  pemelajaran.
               Punca-punca  kesilapan  bahasa  yang  dilakukan  oleh  pelajar  pula  terdiri  daripada  tidak

               memahami peraturan bahasa, melakukan pemilihan bahasa yang salah, menghipotesiskan
               konsep  yang  palsu,  keliru  atau  salah  membuat  jangkaan  atau  andaian  terhadap  konsep

               bahasa yang hampir sama yang difahami, dan pengaruh luaran iaitu pengaruh bahasa ibunda,
               dialek dan bahasa pasar.
                       Hasil analisis ke atas enam skrip jawapan mengikut kaum iaitu Melayu (3), Peribumi

               (1) Cina (1) dan India (1) mendapati kesilapan sistematik paling banyak dilakukan, diikuti post





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                612
   628   629   630   631   632   633   634   635   636   637   638