Page 632 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 632

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Pengkaji  telah  memilih  enam  skrip  jawapan  daripada  murid  mengikut  kaum  Melayu  (3),
               Pribumi (1), Cina (1) dan India (1) untuk disemak dan dianalisis. Pengesanan kesilapan dibuat

               ke  atas  enam  skrip  jawapan  menggunakan  kaedah  analisis  kesilapan  bahasa  Pit  Corder
               (1967). Hasil analisis mendapati 238 kesilapan bahasa telah dilakukan dalam semua konstruk
               sistem bahasa. Kesilapan sistematik paling banyak dilakukan iaitu 136 kesilapan, diikuti post

               sistematik  sebanyak  72  kesilapan  dan  pre  sistematik  30  kesilapan.  Pemerian  ke  atas
               kesilapan dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek psikologi dan linguistik untuk membuat

               penjelasan  punca  dan  dikategori  kesilapan.  Penjelasan  ke  atas  kesilapan  bahasa  dilihat
               dalam dua aspek utama seperti disarankan oleh Pit Corder (1967) iaitu kesilapan disebabkan
               oleh  pengaruh  bahasa  pertama  dan  bahasa  sasaran  iaitu  proses  pembelajaran  bahasa.

               Kesilapan kerana bahasa sasaran atau proses pembelajaran bahasa didapati lebih banyak
               berbanding kesilapan yang disebabkan oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Pengguna

               bahasa Melayu sebagai bahasa kedua didapati melakukan 146 kesalahan
                       UDSBMR  dapat  mengesan  jenis-jenis  dan  punca-punca  kesilapan  bahasa  dalam
               Bahasa Melayu. Jenis kesilapan bahasa paling tinggi ialah aspek linguistik (219 kesilapan)

               berbanding  psikologi  (19  kesilapan).  Jenis  kesilapan  psikologi  adalah  seimbang  antara
               interlingual  dengan  intralingual.  Hal  ini  menunjukkan  pelajar  kurang  melakukan  kesilapan
               dalam ujian bertulis yang disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda atau dialek dan bahasa

               sasaran berbanding kesilapan jenis lingustik. Kesilapan linguistik kategori analogi, latihan (87
               kesilapan) dan strategi pengajaran dan pembelajaran (130 kesilapan) lebih banyak dilakukan
               pelajar.


                             Jadual 4: Rumusan Punca-punca Kesilapan Bahasa (UDSBMR)

                  Bil     Punca-punca Kesilapan Bahasa                              Kekerapan/ %
                                                                                    (Keseluruhan
                                                                                    Konstruk)

                  1       Generalisasi  dan    aplikasi  melampau  (pemilihan  B1:  24 (10.0%)
                          bahasa/perkataan tidak tepat)                             B2:  39 (16.4%)

                  2       Tidak  mengetahui  batas  rumus  (tidak  memahami  B1:  56 (23.5%)
                          peraturan bahasa)                                         B2:  79 (33.2%)
                  3       Menghipotesiskan    konsep    yang    palsu   (membuat  B1:   7 (2.9%)

                          jangkaan/  andaian  yang  salah  konsep  bahasa-hampir  B2:  15 (6.3%)
                          sama tetapi tidak betul.
                  4       Pengaruh  luaran  iaitu  pengaruh  bahasa  ibunda  atau  B1:  5 (2.1%)

                          bahasa pertama (termasuk dialek dan bahasa pasar)         B2: 13 (5.4%)





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                611
   627   628   629   630   631   632   633   634   635   636   637