Page 636 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 636
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
amalan terhadap penggunaan bahasa Melayu sangat penting untuk dikaji. Dapatan kajian ini
secara tidak langsung menggambarkan kedudukan bahasa Melayu pada perspektif etnik-
etnik di kawasan luar bandar di pantai timur yang terdiri daripada penutur natif dan penutur
bukan natif bahasa Melayu.
Kajian ini akan meninjau tanggapan, sikap dan amalan etnik Melayu, Cina dan Orang
Asli di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu. Etnik Melayu merupakan
penutur natif bahasa Melayu manakala etnik Cina dan Orang Asli merupakan penutur bukan
natif bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa Melayu ialah bahasa pertama bagi etnik
Melayu manakala bagi etnik Cina dan Orang Asli, bahasa Melayu ialah bahasa kedua mereka.
Sarjana-sarjana dalam bidang psikolinguistik secara jelas menyatakan bahawa penutur
bahasa pertama (penutur natif) dan penutur bahasa kedua (penutur bukan natif) ini
merupakan dua golongan penutur yang berbeza (Ambridge & Lieven 2011).
SOROTAN LITERATUR
Kajian tentang tanggapan, sikap dan amalan penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara
tidak langsung menyahut saranan Hoenigswald (1966) yang dianggap sebagai perintis kajian
sikap bahasa di dunia barat. Beliau telah menyarankan agar penutur bahasa tidak hanya
tertarik terhadap apa yang terjadi pada bahasa tetapi bagaimana orang memberi tanggapan
terhadap apa yang terjadi dan apa pendapat orang tentang apa yang terjadi (Aminah Awang
Besar 2015).
Mohd Asri, Zulkifley dan Kartini (2017) telah mengkaji tanggapan dan sikap murid
Melayu di kawasan bandar dan di luar bandar di pantai timur Semenanjung Malaysia terhadap
bahasa Melayu. Kajian yang menggunakan instrumen soal selidik terhadap 421 orang
responden ini bertujuan untuk mengenal pasti tanggapan murid-murid Melayu di bandar dan
di luar bandar terhadap kepentingan bahasa Melayu. Dapatan kajian tersebut menunjukkan
bahawa pola tentang kepentingan bahasa Melayu bagi murid Melayu di bandar dan di luar
bandar adalah sama. Tahap tanggapan yang positif adalah lebih tinggi bagi kedua-dua
kumpulan murid apabila data menunjukkan 95.2% murid Melayu bandar dan 95.7% murid
Melayu luar bandar menyatakan bahasa Melayu penting kepada mereka. Hanya 4.8% murid
Melayu bandar dan 4.2% murid Melayu luar bandar menyatakan tanggapan yang negatif
terhadap kepentingan bahasa Melayu.
Perbezaan peratusan yang tinggi terhadap tanggapan kepentingan bahasa Melayu
antara positif dengan negatif menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan murid ini
mempunyai sikap positif terhadap kepentingan bahasa Melayu. Dari segi tanggapan positif,
peratusan murid Melayu di bandar yang menyatakan bahasa Melayu sangat penting (68.6%)
lebih tinggi daripada yang menyatakan bahasa Melayu penting (26.6%). Pola yang sama
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 615

