Page 631 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 631

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                                                 R1: C        5           14              3           22

                                 (Sasaran)       R2: I        7           17              5           29
                                 Strategi P&P    R3:          4           15              7           26
                                                 Pr           3           5               5           15

                                                 R4:          4           7               7           22
                                                 Pg           3           4               6           16
                                                 R5:

                                                 Kl
                                                 R6:T
                                                 g

                                                             30          136             72          238


               Pengesanan jenis-jenis kesilapan dilakukan ke atas kertas jawapan pelajar. Item yang salah
               diteliti  untuk  menentukan  jenis  kesilapan  sama  ada  kesalahan  pre  sistematik  (yakin),
               kesalahan  sistematik  (kerana  proses  belajar)  atau  kesalahan  post  sistematik  (tidak

               disengajakan).  Kesalahan  pre  sistematik  dilakukan  secara  berulang kepada  item-item  lain
               kumpulan  subkonstruk  yang  sama.  Begitu  juga  kesalahan  yang  ketara  iaitu  tidak

               menunjukkan berlaku kekeliruan terutama pada item bentuk terbuka. Kesalahan sistematik
               pula  dikesan  apabila  murid  dapat  menjawab  dengan  betul  sebahagian  item-item  dalam
               konstruk yang sama, namun terdapat kesalahan pada sebahagian item lain dalam konstruk

               yang sama.
                       Terdapat  juga  kesalahan  yang  berlaku  menunjukkan  murid  cuba  untuk  menjawab
               soalan dengan betul namun kurang tepat disebabkan oleh kekeliruan atau pengaruh bahasa

               asing, bahasa pertama, bahasa ibunda atau dialek. Kesilapan post sistematik pula dilakukan
               secara tidak sengaja atau terlupa. Kesilapan jenis ini dapat diramal oleh guru apabila sampel
               hanya melakukan sedikit sahaja kesilapan kesalahan dalam konstruk atau satu subkonstruk.

               Terdapat  juga  kesalahan  yang  dilakukan  bukan  kerana  tidak  mengetahui  jawapan  tetapi
               kerana  kesilapan  dalam  ejaan.  Kesilapan  yang  dilakukan  disedari  oleh  murid  sebaik

               menghantar jawapan.
                       Tiga kategori kesilapan ini telah dibuat pemerian iaitu penjelasan ke atas kesalahan
               yang dilakukan. Penjelasan dibahagikan kepada dua kategori iaitu psikologi dan linguistik.

               Kesilapan kerana psikologi disebabkan oleh gangguan dan pengaruh bahasa pertama atau
               dialek. Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh cubaan untuk belajar bahasa sasaran atau

               Bahasa Melayu. Kesilapan kerana linguistik pula ialah kesilapan kerana gangguan bahasa,
               latihan, dan strategi pembelajaran. Analisis kesilapan bahasa ke atas enam sampel jawapan
               ditunjukkan dalam Jadual 3.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                610
   626   627   628   629   630   631   632   633   634   635   636