Page 639 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 639

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menunjukkan penggunaan tertinggi ialah bahasa Cina (bahasa ibunda), iaitu 65% manakala
               bahasa Inggeris mencatatkan peratusan 32.5% sebagai bahasa pertuturan di rumah. Bahasa

               Melayu hanya mencatatkan peratusan 2.5%  yang menjadi bahasa pertuturan di rumah.
                       Norizah Ardi (2005) menjalankan kajian untuk melihat sikap dan penggunaan bahasa
               Melayu dalam kalangan pelajar universiti di selatan Thailand yang mengikuti kursus bahasa

               Melayu  sebagai  bahasa  asing.    Pengkaji  menggunakan  instrumen    soal  selidik  dan
               pemerhatian ikut serta. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tersebut bersikap amat positif

               terhadap bahasa Melayu serta bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu.  Sikap positif
               ini telah merangsang pembelajaran bahasa Melayu dan secara tidak langsung menggalakkan
               penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mendapati penggunaannya amat

               terhad  kerana  bahasa  Melayu  hanyalah  bahasa  yang  diamalkan  oleh  kumpulan  minoriti
               sahaja di Thailand yang berperanan dan digunakan dalam urusan hubungan kekeluargaan

               dan keagamaan sahaja.
                       Secara keseluruhannya, sorotan literatur ini menggambarkan penutur bahasa Melayu
               memberi tanggapan baik terhadap bahasa Melayu dan menunjukkan sikap positif terhadap

               terhadap  bahasa  tersebut.  Walau  bagaimanapun,  amalan  penggunaan  bahasa  tersebut
               dikekang oleh bahasa ibunda etnik masing-masing dan keperluan globalisasi.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengetahui sikap penutur tanggapan, sikap dan

               amalan penutur bahasa Melayu (penutur natif dan penutur bukan natif) di kawasan luar bandar
               di pantai timur terhadap bahasa Melayu.  Secara khusus, kajian ini bertujuan:
                   1.  menjelaskan tanggapan etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di

                       pantai timur terhadap bahasa Melayu.
                   2.  menjelaskan sikap etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di pantai
                       timur terhadap bahasa Melayu.

                   3.  menjelaskan amalan penggunaan bahasa Melayu etnik Melayu, Cina dan Orang Asli
                       di kawasan luar bandar di pantai timur.
                   4.  menjelaskan pendorong etnik Melayu, Cina dan Orang Asli untuk mempelajari bahasa

                       Melayu.


               METODOLOGI KAJIAN

               Bahagian metodologi kajian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrumen
               kajian, dan responden yang terlibat dalam membekalkan maklumat kuantitatif. Bahagian ini

               juga akan menjelaskan tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data bagi menjawab
               objektif kajian ini.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                618
   634   635   636   637   638   639   640   641   642   643   644