Page 641 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 641

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               DAPATAN KAJIAN


               Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Bentuk peratusan ini digunakan
               untuk  mendapatkan  taburan  data  yang  seragam.  Chua  Yan  Piaw  (2012)  menyatakan

               penghuraian ciri-ciri pemboleh ubah akan lebih bermakna dengan menggunakan peratusan.
               Dapatan kajian ini akan dibincangkan berdasarkan objektif kajian yang ditetapkan.


               Tanggapan Terhadap Bahasa Melayu
               Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 197 (80.1%) responden etnik Melayu menyatakan

               bahasa  Melayu  sangat  penting  dan  39  (15.8%)  responden  menyatakan  bahasa  Melayu
               penting. Hanya 2 (0.8%) etnik Melayu menyatakan bahasa Melayu kurang penting. Walau
               bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting lebih banyak, iaitu 8

               (3.3%)  responden.  Bagi  etnik  Cina  pula,  sebanyak  37  (43%)  responden  etnik  Cina
               menyatakan bahasa Melayu sangat penting dan 38 (44.2%) responden menyatakan bahasa

               Melayu penting. 8 (9.3%) etnik Cina  menyatakan bahasa Melayu kurang penting. Walau
               bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting adalah paling kurang,
               iaitu 3 (3.5%) responden.

                       Bagi  etnik  Orang  Asli  pula,  sebanyak  54  (55.7%)  responden  etnik  Orang  Asli
               menyatakan bahasa Melayu sangat penting dan 34 (35%) responden menyatakan bahasa
               Melayu penting. Tidak ada  (0%) etnik Orang Asli yang  menyatakan bahasa Melayu kurang

               penting. Walau bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting lebih
               ramai  daripada  yang  menyatakan  kurang  penting  iaitu  sebanyak  9  (9.3%)  responden.
               Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan etnik Melayu, Cina, dan Orang

               Asli iaitu 399 (93%) responden memberikan tanggapan yang positif terhadap  bahasa Melayu.


               Sikap Terhadap Bahasa Melayu
               Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan iaitu 240 (97.6%)  responden etnik Melayu

               menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari,  3 (1.2%) suka akan
               bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, 1 (0.4%) pula menyatakan tidak suka akan

               bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan bakinya, 2 (0.8%) menyatakan tidak suka
               akan  bahasa  Melayu  kerana  senang  untuk  dipelajari.  Bagi  etnik  Cina  pula,  50  (58.1%)
               menyatakan  suka  akan  bahasa  Melayu  kerana  senang  untuk  dipelajari,  13  (15.1%)

               menyatakan  suka  akan  bahasa  Melayu  kerana  susah  untuk  dipelajari,  23  (26.7%)  pula
               menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan tiada (0%)
               menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                620
   636   637   638   639   640   641   642   643   644   645   646