Page 642 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 642
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian bagi etnik Orang Asli pula menunjukkan hampir keseluruhan iaitu 93 (95.9%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari, tiada (0%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, 4 (4.1%) pula
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan tiada (0%)
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari.
Amalan Penggunaan Bahasa Melayu
Analisis data yang dijalankan menunjukkan semua responden etnik Melayu iaitu sebanyak
246 orang (100%) menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi dengan ahli
keluarga di rumah. Kecenderungan yang hampir sama ditunjukkan oleh etnik Cina dan Orang
Asli yang mana hanya seorang responden sahaja daripada etnik Cina (1.2%) menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di rumah dan bakinya, 85 orang (98.8%)
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi di rumah. Bagi etnik Orang Asli
pula, hanya seorang responden (1%) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi di rumah bersama ahli keluarga dan bakinya 96 orang (99%) menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa komunikasi dengan ahli keluarga di rumah.
Bahasa komunikasi dengan kawan-kawan di sekolah juga menunjukkan pola yang
hampir sama dengan bahasa komunikasi di rumah bagi kebanyakan etnik, khususnya etnik
Melayu. Semua responden etnik Melayu (100%) menggunakan bahasa Melayu semasa
berkomunikasi dengan kawan-kawannya. Bagi etnik Cina pula, 82 orang (95.3%)
menggunakan bahasa Cina manakala bakinya empat orang (4.7%) menggunakan bahasa
Melayu. Pengaruh bahasa Melayu lebih ketara bagi etnik Orang Asli, bahasa komunikasi
dengan kawan-kawan di sekolah responden etnik ini menunjukkan 19 orang (19.6%)
menggunakan bahasa Melayu manakala bakinya 78 orang (80.4%) menggunakan bahasa
Orang Asli.
Pendorong Belajar Bahasa Melayu
80 (32.4%) responden etnik Melayu menyatakan pendorong motivasi belajar bahasa Melayu
datangnya daripada ibu bapa dan ahli keluarga, 156 (63%) menyatakannya daripada guru-
guru dan komuniti sekolah, 7 (2.8%) menyatakannya daripada kawan-kawan dan ahli
masyarakat, dan bakinya, 3 (1.2%) menyatakannya daripada sumber-sumber yang lain. Bagi
etnik Cina pula, 20 (23.3%) menyatakannya daripada ibu bapa dan ahli keluarga, 50 (58.1%)
menyatakannya daripada guru-guru dan komuniti sekolah, 12 (14%) menyatakannya daripada
rakan-rakan dan ahli masyarakat, dan bakinya, 4 (4.6%) daripada sumber-sumber yang
lain.Dapatan kajian bagi etnik Orang Asli pula, 6 (6.2%) menyatakannya daripada ibu bapa
dan ahli keluarga, 81 (83.5%) menyatakannya daripada guru-guru dan komuniti sekolah, 9
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 621

