Page 640 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 640
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
REKA BENTUK KAJIAN
Pengkaji menyedari akan kepentingan reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini kerana
menurut Mohammad Najib (1999) reka bentuk kajian merupakan keputusan pertama yang
diambil dalam menentukan metodologi kajian. Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada reka
bentuk kajian yang sempurna tanpa ada kelemahan dan ketidakpastian atau kecacatan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan teknik tinjauan. Menurut Lim Chong
Hin (2007), data kuantitatif terdiri daripada angka yang terhasil apabila pemboleh ubah
diminati pada setiap responden diukur menggunakan skala pengukuran yang bersesuaian
melalui instrumen memungut data.
INSTRUMEN KAJIAN
Mohammad Najib (2003) dalam memperincikan teknik pengutipan data tinjauan menyatakan
enam teknik yang boleh digunakan iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, pengujian,
analisis dokemen, dan teknik tidak reaktif. Dalam kes ini, soal selidik digunakan terhadap tiga
kumpulan etnik iaitu etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar. Soal selidik
digunakan untuk menjawab kesemua soalan kajian. Instrumen ini ditabdir dengan dua cara,
iaitu (1) pengkaji terlibat secara langsung di lapangan untuk mentadbir soal selidik dan (2)
pengkaji mentadbir soal selidik dengan kerjasama guru sekolah yang terlibat.
RESPONDEN KAJIAN
Pemilihan teknik ini selaras dengan Creswell (2012) yang menyatakan bahawa teknik
pensampelan rawak berstrata berkadar digunakan kerana populasi yang tidak menunjukkan
keseimbangan ciri-ciri bagi sesuatu sampel. Untuk memastikan bilangan ahli bagi setiap
kumpulan etnik luar bandar ini mencukupi untuk dipilih sebagai sampel kajian, pengkaji
membuat pemilihan berdasarkan teknik rawak berstrata secara kuota. Berdasarkan
penyataan tersebut, pengkaji memilih 57% peratus sampel daripada etnik Melayu (246 orang),
20 peratus sampel daripada etnik Cina (86 orang), dan 23 peratus sampel daripada etnik
Orang Asli (97 orang).
Kajian ini melibatkan 429 orang responden. Kesemua responden adalah sebaya iaitu
murid tahun lima atau berumur 11 tahun. Kewajaran pemilihan ini adalah kerana pelajar-
pelajar ini sudah berada tempoh matang pada peringkat sekolah rendah berdasarkan tempoh
pembelajaran bahasanya di sekolah rendah sudah melebihi lima tahun. Kajian ini melibatkan
responden dari negeri Terengganu dan Kelantan. Pemilihan kawasan ini berdasarkan
persamaan budaya dan sosial bagi kedua-dua buah negeri ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 619

