Page 645 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 645

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 TAHAP PENERIMAAN JURNAL PEMBELAJARAN SECARA APLIKASI MUDAH ALIH
                    SEBAGAI PLATFORM UNTUK MEREKOD HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR

                                                  Pajuzi Awang, PhD
                                                                      1

                                   1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                                  pajuzi@ipgm.edu.my



                                                       ABSTRAK



               Pendidikan abad ke 21 memerlukan pensyarah dan pelajar memiliki pelbagai kemahiran untuk
               menyesuaikan  diri  bagi  mendepani  masalah  dan  cabaran  dalam  era  globalisasi  termasuk

               kemahiran ICT. Kemajuan pesat teknologi aplikasi mudah alih dan aplikasi web pada hari ini
               telah memberi peluang kepada pendidik untuk menambah baik kaedah pengajaran selaras
               dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Penggunaan jurnal

               pembelajaran secara aplikasi mudah alih masih baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
               Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenalpasti  tahap  penerimaan  pelajar  PISMP  terhadap
               penggunaan jurnal pembelajaran sebagai platform untuk merekod hasil pembelajaran pelajar.

               Model  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  ialah  Model  Penerimaan  Teknologi  (Technology
               Acceptance Model). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui penggunaan soal
               selidik dan kualitatif melalui temubual secara semi berstruktur. Responden terdiri daripada 40

               orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang terlibat dalam menjawab soal selidik dan 6 orang
               pelajar  dipilih  untuk  temubual  secara  semi  berstruktur.  Data  dianalisis  secara  statistik

               deskriptif dan statistik inferensi berbantukan perisian Statistical  Package for Social Sciences
               (SPSS)  Versi  26.  Dapatan  kajain  dikategorikan  kepada  4  aspek  berdasarkan  Model
               Penerimaan  Teknologi  iaitu  keseronokan,  kebergunaan,  kemudahgunaan  dan  sikap.  Bagi

               aspek  keseronakan  nilai  min  yang  diperolehi  ialah  4.70,  kebergunaan  ialah  4.65,
               kemudahgunaan 4.75 dan sikap ialah 4.80. Dapatan bagi temubual berstruktur menunjukkan
               bahawa  pelajar  amat  tertarik  dan  berpuas  hati  dengan  penggunaan  jurnal  pembelajaran

               secara  aplikasi  mudah  alih  dan  menyokong  dapatan  kajian  secara  kuantitatif.
               Keseluruhannya, keputusan telah menunjukkan bahawa jurnal pembelajaran menggunakan
               platform seesaw adalah berkesan untuk menggalakkan pembelajaran aktif pelajar. Pengkaji

               mencadangkan  supaya  jurnal  pembelajaran  digunakan  sebagai  alternatif  dalam
               mempelbagaikan  strategi  PdP  dan  sebagai  aktiviti  dalam  interaksi  bukan  bersemuka  di

               Institut Pendidikan Guru.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                624
   640   641   642   643   644   645   646   647   648   649   650