Page 646 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 646
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kata kunci: jurnal pembelajaran, model penerimaan teknologi, aplikasi mudah alih, platform
seesaw.
PENDAHULUAN
Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Information and Communication
Technology (ICT) pada masa kini telah banyak membawa perubahan dalam sistem
pendidikan di seluruh dunia selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri
4.0. Menurut Mohd Nazri (2017) terdapat beberapa penemuan dan pembangunan teknologi
yang melibatkan multimedia dan komunikasi pada tahun 2016 secara langsung
mempengaruhi aktiviti harian masyarakat hari ini. Sembilan tonggak Revolusi Industri 4.0
adalah simulasi dan relaiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri internet-
of-thing (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan,
rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi (Graham, 2018). Kesemua teknologi
ini juga mempengaruhi corak dan gaya pembelajaran pelajar pada hari ini. Setiap hari
pelbagai aplikasi baharu dihasilkan oleh pembangun perisian di seluruh dunia yang
melibatkan kegunaan peribadi, pengurusan, pentadbiran dan pendidikan. Bagi memastikan
generasi Y dan generasi Z yang sangat peka terhadap perubahan teknologi dan komunikasi,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam menyediakan pelajar untuk lanskap baharu pendidikan tinggi dan peluang masa
hadapan (Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2016). Kementerian
Pendidikan Malaysia amat prihatin tentang keperluan ICT dalam pendidikan masa kini.
Hakikatnya pelajar kita lebih ke hadapan dalam penggunaan ICT ini dimana beberapa bahan
sokongan pembelajaran telah di muat naik dalam Persekitaran Pembelajaran Maya atau
Virtual Leraning Environment (VLE) untuk kegunaan pelajar.
SOROTAN LITERATUR
Pengisytiharan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus Covid-19 oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), telah memberi kesan langsung terhadap semua sektor
termasuklah sektor pendidikan di negara kita. Justeru itu semua sekolah, institusi pendidikan
tinggi termasuk IPTA/IPTS dan IPG tidak dapat beroperasi secara biasa. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada
pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu,
murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir
ke sekolah. Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dimana rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah atau bekerja dari rumah (Work From
Home). Situasi ini telah banyak mengubah lanskap kehidupan setiap individu di dunia pada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 625

