Page 647 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 647
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
hari ini. Justeru itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Versi 2 (2021) untuk membantu guru
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah,
pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta
Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelbagai alat pembelajaran digital
digunakan oleh guru dan pensyarah bagi memboleh PdPR dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Pembelajaran berasaskan internet dikenali dalam pelbagai nama seperti Open and
Distance Learning (ODL), Massive Open Online Course (MOOC) dan e-learning telah menjadi
popular dalam kalangan warga pendidik (Mohamad Amin, 2016). Namun perkembangan
teknologi mudah alih berasaskan telefon pintar (smartphone) telah merubah lanskap
penggunaan e-pembelajaran berasaskan internet kepada pembelajaran berasaskan mobile
atau lebih dikenali sebagai m-pembelajaran (m-learning). Menurut Cheung et. al. (2011), m-
pembelajaran bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan alat
mudah alih dan komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila
masa sahaja serta semua kandungan pembelajaran dan bahan-bahan sokongan
pembelajaran boleh diwujudkan melalui penggunaan alat mudah alih berkenaan.
Perkembangan teknologi 4G dan 5G juga mencetuskan pembangunan inovasi kepada
bidang pendidikan dimana teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk pembelajaraan secara jarak
jauh berasaskan web dan aplikasi mudah alih. Penggunaan istilah pembelajaran mudah alih
atau m-pembelajaran telah muncul dalam sistem pendidikan di negara kita. Menurut Hayes,
Joyce dan Pathak (2004), m-pembelajaran merujuk kepada penggunaan peranti mudah alih
dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala ramai beranggapan bahawa m-pembelajaran
adalah lanjutan kepada e-pembelajaran dan merupakan satu pendekatan baharu dalam e-
pembelajaran (Caudill, 2007). Melalui penggunaan m-pembelajaran dalam dunia pendidikan
hari ini, sesiapa sahaja dapat mengakses maklumat dari mana-mana dan pada bila-bila masa.
Kajian awal telah menunjukkan bahawa m-pembelajaran mempunyai potensi untuk
meningkatkan interaksi pelajar dalam pembelajaran (Neyema et al, 2012), menawarkan lebih
banyak fleksibiliti dan akses yang lebih luas kepada bahan pembelajaran dan menggalakkan
pembelajaran aktif pelajar (Aubusson et al., 2009). Kemajuan teknologi telefon pintar yang
berteraskan pelantar Android dan iOS telah menjadikan alat komunikasi ini satu keperluan
kepada pelajar di pusat pengajian tinggi (Rodrigues et al, 2015). Pembangunan aplikasi
mudah alih dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mempunyai potensi untuk
diaplikasikan dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pendidikan guru pada masa kini.
Penggunaan aplikasi jurnal pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran oleh pelajar
di Institut Pendidikan Guru merupakan perkara baharu yang perlu diterokai oleh semua tenaga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 626

