Page 649 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 649
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(perlaksanaan) dan Evaluation (penilaian). Setiap fasa yang terlibat dalam model ADDIE
mempunyai langkah dan prosedur tertentu. Analisis pada peringkat pertama melibatkan
analisis keperluan, analisis konteks dan kandungan dan analisis strategi pembelajaran. Hasil
output bagi fasa analisis dijadikan input dalam fasa reka bentuk m-kandungan yang
dibangunkan (Aliff Nawi et al, 2014).
Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Tekologi (TAM) sebagai model asas. Ini
sejajar dengan pendapat Lu et al. (2003) bahawa model penerimaan teknologi (TAM) sering
digunakan bagi menjelaskan mengenai penerimaan teknologi dan sistem maklumat. Malah,
Davis (1989) telah mengemukakan idea mengenai TAM untuk menerangkan penerimaan
pengguna terhadap teknologi komputer yang berdasarkan justifikasi teori yang jelas. Davis
(1989) turut menjelaskan lagi bahawa model TAM secara asasnya terdiri daripada dua
konstruk yang utama, iaitu tanggapan kebergunaan dan tanggapan mudah guna. Tanggapan
kebergunaan ini merujuk kepada pengguna percaya bahawa dengan menggunakan teknologi
atau sistem tersebut akan dapat meningkatkan prestasi kerja. Sementara tanggapan mudah
guna merujuk kepada pengguna percaya bahawa teknologi atau sistem tersebut mudah
digunakan dan bebas daripada masalah.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dan sampel kajian ini adalah terdiri daripada 40 orang pelajar yang sedang
mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Seramai 40 orang pelajar adalalah terdiri daripada 7 orang
pelajar lelaki dan 33 orang pelajar perempuan telah dipilih mengikut prosedur persampelan
bertujuan. Sebelum pelajar ini dipilih mereka telah diberi penerangan dan mendaftar sebagai
pengguna jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih melalui telefon pintar masing-
masing. Data kajian yang diperoleh daripada temu bual terhadap enam orang responden
dilabelkan sebagai R1, R2, R3, R4, R5 dan R6.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal selidik yang direka bentuk bagi
memenuhi objektif utama kajian. Soal selidik dalam kajian ini adalah adaptasi dan
pengubahsuaian soal selidik dalam kajian oleh Melvina (2021). Dalam kajian ini, soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat demografi responden
manakala bahagian B mengandungi 20 item mengenai empat aspek dalam Model
Penerimaan Teknologi (TAM) iaitu keseronakan terhadap penggunaan jurnal pembelajaran,
kebergunaan jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih, kemudahgunaan jurnal
pembelajaran dan sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran. Dalam kajian ini,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 628

