Page 648 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 648

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pengajar dalam meningkatkan kualiti PdP dan sebagai satu cara untuk kekal dan berdaya
               saing dalam dunia global ada masa akan datang (Pavlik, 2015).


               PERNYATAAN MASALAH


               Ramai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru melaksanakan beberapa aktiviti dalam
               pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  mereka  di  dalam  bilik  kuliah  tetapi  aktiviti  yang
               dilaksanakan tidak direkodkan atau didokumentasikan supaya ianya boleh menjadi rujukan

               semula  kepada  pelajar  selepas  pengajaran  dan  pembelajaran  berkenaan.  Dalam
               Pembelajaran Abad ke-21, semua aktiviti pelajar dalam kelas perlu direkodkan supaya boleh
               menjadi rujukan kepada pelajar dan tenaga pengajar pada masa akan datang. Justeru itu bagi

               memastikan  semua  aktiviti  PdP  direkodkan,  satu  alternatif  kepada  tenaga  pengajar  dan
               pelajar  untuk  menyimpan  semua  aktiviti  PdP  mereka  perlu  diwujudkan.  Alternatif  yang
               sepatutnya diwujudkan dalam membantu pelajar merekodkan aktiviti mereka ialah melalui

               aplikasi jurnal pembelajaran. Jurnal pembelajaran ini bukan sahaja membantu pelajar dalam
               menyimpan  hasil  kerja  mereka  tetapi  juga  boleh  digunakan  untuk  berkomunikasi  antara

               pelajar dengan tenaga pengajar dan sebagai tempat perkongsian sumber pembelajaran.

               OBJEKTIF KAJIAN


               Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dikenalpasti di atas, maka objektif kajian yang
               ditimbulkan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi jurnal
               pembelajaran  secara  aplikasi  mudah  alih  berdasarkan  4  aspek  dalam  Model  Penerimaan

               Teknologi iaitu keseronokan, kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap.


               METODOLOGI KAJIAN

               Dalam metodologi kajian ini beberapa perkara yang dibincangkan ialah termasuk populasi
               dan  sampel  kajian,  instrumen  kajian,  kesahan  dan  kebolehpercayaan  dan  analisis  data.

               Terdapat  pelbagai  model  yang  boleh  diguna  pakai  dalam sesuatu kajian.  Antaranya  ialah
               Model ASSURE, Model Orientasi Produk, Model Reka Bentuk Pengajaran Dick dan Carrey
               dan  Model  ADDIE  adalah  di  antara  contoh  model  yang  boleh    diaplikasikan  dalam

               pembangunan  sesuatu  aplikasi.  Dalam  kajian  ini,  pengkaji  telah  memilih  dan
               mengadaptasikan  model  reka  bentuk  ADDIE  sebagai  panduan  bagi    memastikan  proses

               pembangunan berjalan secara sistematik dan terarah. Model ADDIE dipilih kerana ia adalah
               antara model reka bentuk instruksional yang menjadi asas kepada model-model reka bentuk
               instruksi yang lain (Jamaluddin & Zaidatun, 2003). ADDIE adalah singkatan daripada Analysis

               (analisis),   Design   (reka   bentuk),   Development    (pembangunan),     Implementation



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                627
   643   644   645   646   647   648   649   650   651   652   653