Page 650 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 650

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pengkaji telah membuat analisis ke atas skor min berdasarkan petunjuk interpretasi skor min
               yang dicadangkan oleh Nunnally (1994). Terdapat empat tahap persetujuan pelajar dalam

               penilaian  ini  berdasarkan  nilai  skor  min  iaitu  tahap  rendah  (1.00-1.99),  sederhana  rendah
               (2.00-2.99), sederhana tinggi (3.00-3.99) dan tinggi (4.00-5.00).


               Kesahan dan Kebolehpercayaan

               Dalam  kajian  ini,  pengkaji  menjalankan  kajian  rintis  yang  bertujuan  untuk  mendapatkan
               maklumat awal berhubung kesahan dan keboleh percayaan instrumen yang dibina. Item-item
               ini dalam soal selidik telah diuji bagi memastikan sama ada terdapat kekeliruan, kesukaran

               menjawab, ketidakjelasan, salah faham, dan lain-lain interpretasi yang tidak jelas. Analisis
               kebolehpercayaan instrumen kajian ini menunjukkan nilai Cronbach Alpha 0.84. Nilai di atas

               0.80 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2011). Untuk memastikan kesahan
               dan kebolehpercayaan item soal selidik dibina, pensyarah pakar dan berpengalaman telah
               dirujuk untuk memberi maklum balas kepada kandungan soal selidik.


               Analisis Data

               Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab soalan-
               soalan  kajian.  Data  daripada  borang  soal  selidik  akan  dianalisis    menggunakan  program
               SPSS for windows version 26 untuk mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi  setiap

               item kajian. Data kajian diwakilkan dalam bentuk jadual serta dibuat tafsiran umum tentang
               dapatan kajian.


               DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

               Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih Melalui Platform Seesaw

               Terdapat  enam  filtur  yang  boleh  digunakan  oleh  pelajar  dalam  merekodkan  aktiviti  PdP
               melalui penggunaan jurnal pembelajaran ini seperti photo, video, note, drawing, upload dan

               link. Gambaran antara muka dan aktiviti jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih dalam
               bentuk grafik menggunakan platform Seesaw melalui telefon pintar adalah  seperti ditunjukkan

               melalui Rajah 1 di bawah.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                629
   645   646   647   648   649   650   651   652   653   654   655