Page 653 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 653

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               disokong  oleh  Siti  Azura  et.al  (2021)  yang  menyatakan  bahawa  keseronakan  dalam
               pembelajaran  boleh  belaku  sekiranya  pembelajaran  itu  dapat  diuruskan  dengan  baik  dan

               berkesan.

               Aspek Kebergunaan Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih

               Merujuk kepada soal selidik bahagian B iaitu terdapat 5 item yang berkaitan dengan aspek

               kebergunaan jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih seperti yang ditunjukkan dalam
               Jadual 2. Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi iaitu
               item 1 ‘relevan dengan keperluan’ (min =4.74), diikuti item 2 ‘mengaitkan pengetahuan sedia

               ada’  (min=4.70),  item  3  ‘membantu’  (min=4.73),  item  4  ‘strategi  pembelajaran-relevan’
               (min=4.60) dan item 5 ‘memudahkan saya menyiapkan tugasan’ (min=4.50). Nilai min tertinggi

               ialah item 1 dengan 4.74dan nilai min terendah pada item 5 iaitu 4.60.

                      Jadual 2: Aspek Kebergunaan Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih

                Bil  Item                                                      Skor Min         SP
                1    Aplikasi jurnal pembelajaran relevan dengan keperluan                      0.33
                                                                                 4.74
                     saya sebagai pelajar

                2    Saya dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada                                0.41
                                                                                 4.70
                     dengan kandungan pembelajaran dalam aplikasi ini
                3    Hasil pembelajaran dalam aplikasi jurnal pembelajaran                      0.45

                     membantu saya dalam memperolehi pengetahuan                 4.73
                     dengan baik

                4    Strategi pembelajaran dalam aplikasi jurnal                                0.56
                                                                                 4.60
                     pembelajaran relevan dengan pembelajaran.
                5    Penggunaaan jurnal pembelajaran dapat memudahkan                           0.59
                                                                                 4.50
                     saya menyiapkan tugasan kerja kursus
                     Keseluruhan                                                 4.65


               Rumusannya, min keseluruhan adalah 4.65 dan nilai sisihan piawai adalah sangat kecil dan
               tidak  melebihi  0.59  menunjukkan  tahap  persetujuan  pelajar  terhadap  aspek  kebergunaan

               jurnal pembelajaran secara apliaksi mudah alih adalah berada pada tahap tinggi.


               Aspek Kemudahgunaan Jurnal Pembelajaran
               Merujuk  kepada  Jadual  3  terdapat  lima  item  digunakan  bagi  melihat  tahap  persetujuan

               pelajar  terhadap  aspek  kemudahgunaan  jurnal  pembelajaran.  Dapatan  analisis  Jadual  3
               menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi iaitu item 1 ‘mudah dan pantas



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                632
   648   649   650   651   652   653   654   655   656   657   658