Page 652 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 652

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dalam Jadual 1. Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi
               iaitu item 1 ‘gaya persembahan’ (min =4.60), diikuti item 2 ‘susun atur aktiviti’ (min=4.73), item

               3 ‘pelbagai bahan’ (min=4.68), item 4 ‘tertarik untuk menggunakan aplikasi’ (min=4.80) dan
               item 5 ‘berkolaboratif dengan rakan-rakan’ (min=4.60). Nilai min tertinggi ialah item 4 dengan
               4.80  dan  nilai  min terendah  iaitu  4.60  adalah  pada  item  1  dan  item  5. Rumusannya, min

               keseluruhan ialah 4.70 dan nilai sisihan piawai adalah sangat kecil dan tidak melebihi 0.60
               menunjukkan tahap persetujuan pelajar terhadap aspek keseronokan terhadap penggunaan

               jurnal pembelajaran adalah berada pada tahap tinggi.

                        Jadual 1: Aspek Keseronokan Terhadap Penggunaan Jurnal Pembelajaran

                Bil  Item                                                      Skor Min         SP
                1    Saya tertarik dengan gaya persembahan aplikasi jurnal       4.60           0.41

                     pembelajaran yang menarik
                2    Saya tertarik dengan susun atur aktiviti dalam aplikasi     4.73           0.45
                     jurnal pembelajaran

                3    Saya tertarik dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang       4.68           0.47
                     diterapkan dalam aplikasi jurnal pembelajaran

                4    Saya  tertarik  untuk  menggunakan  aplikasi  jurnal        4.80           0.59
                     pembelajaran
                5    Saya  suka menggunakan  aplikasi jurnal  pembelajaran       4.60           0.59

                     kerana dapat berkolaboratif dengan rakan-rakan lain
                     Keseluruhan                                                 4.70


               Manakala dapatan berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa
               tahap  penerimaan  terhadap  penggunaan  jurnal  pembelajaran  secara  aplikasi  mudah  alih

               dikalangan responden amat baik. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka sangat
               seronok menggunakan jurnal pembelajaran kerana meraka mudah berkolaboratif bersama
               rakan-rakan lain. Menurut responden R1 dan R2:


               “Saya berasa sangat seronok menggunakan jurnal pembelajaran pelbagai aktiviti PdP dapat
               direkodkan dengan mudah dan saya boleh merujuknya semula.”

               “Saya dapati jurnal pembelajaran memberi alternatif kepada saya untuk lebih kreatif dalam
               menguruskan PdP saya.”


               Kesimpulannya,  pandangan  responden  menunjukkan  bahawa  mereka  sangat  seronok
               menggunakan jurnal pembelajaran kerana mereka mampu menyimpan hasil kerja dan aktiviti

               pembelajaran  mereka  dengan  mudah  dan  senang  dicapai.  Dapatan  temubual  ini  juga

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                631
   647   648   649   650   651   652   653   654   655   656   657