Page 670 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 670
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berbalik kepada kemungkinan andaian, terdapat lebih daripada satu andaian yang boleh
diterima pakai. Peristiwa melambangkan sesuatu kejadian telah yang berlaku, menarik
perhatian dan menjadi kenangan. Hal ini ditambahkan pula dengan ujaran seterusnya yang
menjadikan konteks itu bertambah kuat. Ujaran berkenaan seperti di bawah.
kelontong nyiur ditebuk tupai
esok malam minta ayah buatkan keretuk
nanti sekolah cuti
ajak kampung seberang lawan bertewas
Malam kami terus hidup dalam merdu al-Quran
sesekali peristiwa ceritera Wak Long Pak Dogol
membaharui buah bunga kuntau kenduri
Dengan hadirnya ujaran seterusnya ini, ini menambahkan lagi kesan konteks pendengar itu.
Ujaran kelontong nyiur, keretuk, sekolah cuti dan bertewas sangat membantu pendengar
dalam membina kesan konteks. kelontong nyiur, keretuk dapat menguatkan kesan konteks
dari kata peristiwa itu tadi. Selalunya, proses membuat keretuk dijalankan pada musim cuti
sekolah. Dengan demikian, makin ramai generasi muda belajar membuat keretuk. Kemudian,
maklumat baharu bagi menguatkan kesan konteks ini ialah bertewas. Kata tewas bermaksud
kalah (Kamus Dewan, 2010:1678). Dalam situasi ini, bertewas bukan maksud kekalahan,
tetapi bertewas ialah menyertai pertandingan dalam bahasa Kelantan. Dan, kata ini sesuai
dengan hadirnya cuti sekolah dan keretuk itu.
Bait “ajak kampung seberang lawan bertewas” menunjukkan bahawa berlaku
peristiwa dalam hidup penyair ini, iaitu menjemput penduduk kampung sebelah bertanding
atau berlawan keretuk menjadi mercu maklumat tambahan kepada pendengar. Antara
“peristiwa” dan “bertewas” terdapat hubungan yang jelas untuk penambahan maklumat
baharu yang diperlukan oleh pendengar dalam memproses menginterpretasikan makna
implisit ini. Dari segi makna linguistik sekali pun, jelas pemahaman pendengar lebih mudah
memahami makna peristiwa atau kejadian dengan hadirnya kata bertewas itu.
Bagi data tiga (3), iaitu “lebih daripada kokurikulum sepadu hidup berkampung” jenis
perbandingan.
Jadual 5: Data 3
Bil Data Data/BF Jenis BF
lebih daripada kokurikulum sepadu hidup
3 Perbandingan
berkampung
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 649

