Page 704 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 704
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
5. Menyebut perkataan
beritma (pantun/ sajak 0.789 0.932 0.992 0.901 5 0.901 100%
berkaitan budaya)
6. Mengenal bunyi
persekitaran bagi
menunjukkan simbol 0.748 0.916 0.992 0.885 7 0.081 100%
bunyi bagi sesuatu
budaya di Malaysia.
7. Meniru rentak/ bunyi 0.756 0.920 0.992 0.889 6 0.086 100%
berasaskan
kepelbagaian budaya
Berdasarkan jadual 1, dapatan kajian menunjukkan kesemua nilai threshold (ditem) adalah
sama atau kurang dengan nilai ditem 0.2 bermakna nilai kesepakatan pakar bagi komponen
aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi sub-item literasi awal – Kesedaran
Fonetik dan Fonemik adalah diterima. Setiap pakar bersetuju bagi setiap item yang diberikan.
Analisis juga menunjukkan, elemen (1) menyanyi lagu berkaitan kepelbagaian budaya dan
elemen (2) menyebut bunyi/ huruf/ suku kata/ frasa/ perkataan berada pada nilai ranking
tertinggi iaitu pada skor fuzzy (A) 0.912. Manakala elemen (6) mengenal bunyi persekitaran
bagi menunjukkan simbol bunyi bagi sesuatu budaya di Malaysia berada pada nilai ranking
paling rendah pada skor fuzzy (A) 0.885. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Reka
Bentuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Kepelbagaian Budaya Berasaskan
Cerita Rakyat untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu berasaskan cerita Rakyat
Malaysia : Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik perlu memberi penekanan terhadap
aktiviti menyanyikan lagu kepelbagaian budaya dan aktiviti menyebut bunyi huruf, suku kata,
frasa dan perkataan yang berasaskan kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah
cerita.
Analisis dapatan kajian ini menjawab persoalan kajian “Apakah Reka Bentuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat
Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu - Elemen Kesedaran Fonetik dan
Fonemik?”
Panel pakar mencapai konsensus bahawa Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik berikut
boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 683

