Page 702 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 702
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Fuzzy Delphi
Pengumpulan dan analisis data kajian Fuzzy Delphi dimulakan dengan langkah-langkah
(Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014) seperti berikut:
1. Pemilihan pakar Fuzzy Delphi seramai 20 orang daripada pelbagai disiplin pendidikan bagi
memperoleh konsensus pakar (Adler & Ziglio, 1996).
2. Penentuan skala likert 7 point bagi menentukan Skala Linguistik, berdasarkan kepada
triangular fuzzy number.
SKALA LINGUTISTIK 7 POINT
Sangat Setuju 0.60 0.80 1.00
Setuju 0.40 0.60 0.80
Sederhana Setuju 0.20 0.40 0.60
Tidak Setuju 0.10 0.20 0.40
Sangat Tidak Setuju 0.00 0.10 0.20
3. Analisis data bagi menentukan nilai purata (m1, m2, m3) iaitu Nilai Minimum, Nilai
Munasabah dan Nilai Maksimum.
4. Menentukan nilai threshold dengan menggunakan rumus berikut:
5. Penentuan kesepakatan kumpulan adalah melebihi 75% (Chu & Hwang, 2008).
6. Menentukan agregat Fuzzy Evaluation dengan cara menambah semua nombor fuzzy.
7. Proses Defuzzification. Proses ini bertujuan untuk menentukan kedudukan (rangking) bagi
setiap pemboleh ubah/ sub-pemboleh ubah. Rumus yang diaplikasikan:
Amax = 1/3 * (a1 + am + a2)
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dibentangkan berdasarkan konsensus pakar bagi setiap Elemen literasi awal
Kesedaran Fonetik dan Fonemik dalam reka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi
awal Bahasa Melayu seperti berikut:
Reka Bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian budaya
berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu - Elemen
Kesedaran Fonetik dan Fonemik
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 681

