Page 705 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 705

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kepelbagaian budaya berasaskan cerita Rakyat Malaysia untuk meningkatkan literasi awal
               bahasa Melayu seperti berikut:

                a)  Menyanyi : Pengajaran awal literasi bahasa melayu sesuai dilaksanakan melalui aktiviti
                    menyanyi  lagu  berkaitan  kepelbagaian  budaya  oleh  guru  di  taska  dan  prasekolah.
                    Kepelbagaian rentak lagu, irama dan lirik dalam masyarakat Malaysia dapat disesuaikan

                    dengan cerita rakyat yang disampaikan oleh guru.
                b)  Mengecam dan Menyebut Huruf serta Perkataan : Aktiviti mengecam, menyebut bunyi

                    huruf, suku kata, frasa dan perkataan berkaitan budaya, seni tradisi atau pakaian tradisi
                    pelbagai  bangsa  di  Malaysia  dapat  dilaksanakan  oleh  guru  taska  dan  tadika  dalam
                    menarik minat kanak-kanak untuk belajar literasi awal Bahasa Melayu.

                c)  Simulasi Interaksi Harian : Aktiviti pengajaran yang melibatkan komunikasi dan interaksi
                    seharian  yang  menggunakan  frasa  ayat  mudah.  Menerusi  aktiviti  ini,  kanak-kanak

                    berinteraksi menyebut ayat mudah berdasarkan aktiviti harian dalam konteks pelbagai
                    budaya dalam masyarakat Malaysia.
                d)  Cantum  Suku  Kata  :  Aktiviti  pengajaran  yang  melibatkan  penyertaan  kanak-kanak

                    membina  perkataan  berdasarkan  cantuman  suku  kata  mudah.  Perkatan-perkataan
                    cantuman suku kata ini adalah berdasarkan aktiviti harian atau cerita rakyat Malaysia
                    yang diperdengarkan kepada kanak-kanak. Aktiviti ini sesuai dijalankan menggunakan

                    kad imbasan, gambar serta puzzle bergambar.
                e)  Perkataan  Beritma  :  Aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  awal  literasi  juga  boleh
                    dijalankan menerusi aktiviti menyebut perkataan beritma sama ada pantun, sajak, syair

                    atau  gurindam  yang  berkaitan  pelbagai  budaya  masyrakat  Malaysia.  Aktiviti  selain
                    membunyikan perkataan mengikut ritma dan irama, ia juga boleh digandingkan dengan

                    gerak-geri mengikut irama yang disebut oleh kanak-kanak.
                f)  Simbol  Bunyi:  Aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  awal  literasi  juga  sesuai
                    dilaksanakan  dengan  aktiviti  mengenal  bunyi  persekitaran  bagi  menunjukkan  simbol

                    bunyi bagi sesuatu budaya di Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan bagi membantu
                    kanak-kanak menyebut dan membunyikan perkataan dengan tepat dan jelas.

                g)  Pergerakan Rentak Kreatif: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran awal literasi Bahasa
                    Melayu yang melibatkan peniruan aksi mengikut rentak, bunyi atau muzik berasaskan
                    kepelbagaian budaya di Malaysia.



               KESIMPULAN

               Reka  Bentuk  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  kurikulum  kepelbagaian  budaya

               berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu : Elemen
               Kesedaran  Fonetik  dan  Fonemik  sesuai  dilaksanakan  oleh  guru  di  peringkat  Tadika  dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                684
   700   701   702   703   704   705   706   707   708   709   710